Freitag, 27. April 2012

Result Semester 4

Result dah keluar! Takut-takuttt~!

Alhamdulillah. Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar UiTM SeMalaysia. Result final Mac 2012. Aku pun tertunggu-tunggu.. . Sampai termimpi-mimpi.

Well.

Result kali ni memang dah boleh diagak. Sangat teruk. Semua ok 'kot' kecuali 2 yang betul2 mengecewakan aku. Memang tak boleh pakai la!

Aku datang UiTM untuk belajar. Like I told my parents. Biarlah. Kesian pointer aku. Dah cantik2 boleh fasttrack, tp tak kesampaian. Fish!

Berikut adalah review tentang subjek2 available:

English Academic Purposes
-Dari sem 1 sampai sem 3 ni, BEL aku ni tak pernah2 nak naik. Straight B+ setiap sem. Alhamdulillah tak turun. Huhuhu.. :p No more BEL after this!

Instructional Communication
-Tak sangka der! Alhamdulillah! Aku dah usaha dan aku dapat apa yang termampu. AKU SANGAT BERSYUKUR! Aku ingat aku akan repeat subjek ni.. =.= Selamat~

Introduction to News writing and Reporting
-Jumpa lagi sem depan, Miss Syafe! :)

Islam and Communication
-Alhamdulillah. Terima kasih ustazah! Subjek ni adalah subjek yang mempunyai gred terbaik berbanding subjek lain2. Ustazah, plan kita masih berjalan ye :D <3

Chess
-Sir dah penat dengar aku meroyan kot. Tu pasal aku pass! :3 Hehe

Principle of Psychology
-Aku paling suka subjek ni! Aku sangat suka pada Madam! Kalaulah carry mark aku elok. Madam mungkin akan bagi A. Wee~!

Public Relations
-Aku dan rakan2 seperjuangan dikhianat. Setiap kali kelas Miss Mai je aku C+. Sori Miss, sy ni ha yang bermasalahnya. Aku rasa mesti ramai yang se-gred aku. Sabar guys. Sem depan kita hentam 'dia'. Siap!

Perutusan:
Terima kasih yang tak terhingga kepada pensyarah2 yang telah top-up ilmu saya dari semester 1. Saya minta ampun dan maaf andai Encik dan Puan dan Cik sekalian terguris dengan sikap saya yang kurang matang. Tak perlulah berasa kecewa jikalau gred saya tidak memuaskan. Kalian telah berjaya sebenarnya. Berjaya menyampaikan ilmu yang tidak ternilai kepada kami. Bukan setakat ilmu akademik, malah, ilmu yang kami pelajari dari pengalaman dan hakikat hidup yang dikongsikan dan telah sedikit demi sedikitnya mematangkan kami. TERIMA KASIH PENSYARAH.

p/s: Macam mana aku nak terangkan hal ni pada mak ngan abah. Masak!
Auf Wiedersehen!

Ingat Allah SWT selalu. Jangan lupa Allah SWT. Tak de nilai pun walau DL kau dapat kalau kau lupa pada Dia.