Montag, 13. Februar 2012

Lagu Itu Untuk Kamu

Lagu ini tiada kena mengena dengan kamu wahai Adam.
Ia bermain difikiranku secara tiba-tiba walaupun hampir 3 tahun
aku tidak mendengarnya.

Bahananya, aku stalk FB kamu. Ini kerana kamu yang mulakan
terlebih dahulu. Kamu menghidupkan aku semula.. .
Kamu memberikan aku semangat untuk teruskan
hal yang terbengkalai.. .

"You've bring me back to life.. !"

Sekali lagi, tiada satu pun yang lebih agung dari redha Allah SWT,
tetapi ini adalah lumrah aku kepada yang aku mampu.

"Terima kasih Ya Allah,
berikanlah syurga kepada dia.. . Amin"

Sejak hal di malam itu, aku terus cari semula lagu yang agak
catchy itu.. . Lagu ini aku akan rahsiakan di sini.
Nak tahu, carilah lah lagu ini dalam laptop aku ok.. ;)
Liriknya tiada kaitan dengan si dia, tetapi yang
berkaitannya hanya minus one ia sahaja.. .

Sejujurnya aku,

Aku cukup benci dengan perasaan ini.
AKU JATUH CINTA SEKALI LAGI.. .

Lagu Itu Untuk Aku

Aku sangat sukakan pada sebuah lagu ini sejak aku budak2 dulu.
Sejak mula-mula lagi lagu itu dimainkan di radio.

Semua bermula semula sewaktu aku sedang packing gula2 and stuffs
dengan kakak ipar aku (untuk goodie bags).
Tak silap, masa tu dia pasang channel Sinar.FM.
Kemudian lagu ini pun dimainkan. Alahai rindunya rasa.. .

Lagu itu lagu yang cukup aku suka sampaikan bermain2 lagu tu
difikiran aku. Lagu yang cukup mendalam liriknya.
Hal yang membuatkan aku semakin menyukai lagu ini
adalah kerana si dia. Yuck, memang pasal lelaki lagi.

Kaum Adam yang dah bertahun2 aku tak berjumpa dengan dia.
Kali terakhir, mungkin ialah sewaktu aku hulurkan surat
kepada dia. Bukan surat aku. Tapi adalah.. .

Sewaktu hari aku terpaksa berkorban untuk keluarga,
aku bertemu semula dengan dia. Aku sangat terkejut.
Terima kasih YA ALLAH kerana aku masih hidup.

Pendek cerita, saat aku terpaksa berpisah dengan dia sekali lagi,
itulah saat yang paling membuatkan lagu itu terus bermain difikiranku.
Tanpa henti.. .

"Ya.. . Tanpa henti.. ."

Sekali lagi aku terlalai. Aduhai, lebih baik ingatkan Allah SWT.
Tetapi apakan dayaku sebagai seorang manusia biasa.
Aku ini agak hina.. .

Anyway, cuma satu kata yang ingin ku ungkapkan kepada dia.. .

"Walaupun namaku bukan Jesnita,
aku tetap inginkan kamu nyanyi lagu itu kepadaku.. ."

Enjoy.. , lagu di blog ini ialah minus one kepada lagu itu.. :)
Dengan syarat pilihlah audio disebelah kiri.

Good day, suara hatiku.. . Ahhahaha!! !

Sonntag, 5. Februar 2012

Jagalah Tepi Kain Orang


For the second time, after my first attempt in the post before this,
I want to talk and share about other things. About caring for each other.

Jagalah tepi kain orang, forget our sad old quote that says jangan jaga tepi kain

orang, sedangkan kain sendiri yang terlucut.

Change that. Kita tak sempurna. Orang lain tak sempurna. Aku lagilah.. .
Credit to ustazah yang mengajar di kelas CTU271 kami yang
perkenalkan istilah yang cukup hebat ini.

Jagalah tepi kain orang. That is something new.
Kita semua tak akan dapat lari dari membuat kesilapan.
Kita manusia biasalah.

Orang yang berbuat salah itu, tak patut dibiarkan terus sesat.
Jangan lah kita pentingkan kepentingan diri semat-mata.
Kawan kita or not. Kita kena tegur salah dia bila dia salah.
Tak mengapalah kalau kain kita sendiri yang bakal terlucut.

JIKA MEREKA KAWAN KITA,
MEREKA PASTI TAK AKAN MAHU KITA KE NERAKA.

I believe that the sentences up there is very easy to be understand.
Jaga tepi kain orang, bukan dalam kain. Huhu damn!

And as my first jaga tepi kain orang job, I would like to say this.. .
"JANGAN BERCINTA KERANA SUKA-SUKA ATAU MENCARI PENGALAMAN SEMATA-MATA. TIADA SESIAPA YANG SUDI MENJADI BAHAN EXPERIMENT."

Balancing


"Assalamualaikum.. !"

This is my ? times I updated my blog, but I intend to do something new.
Rather just keep telling you all about my dull life, I want to change that
to something that have worth in it.

Yes.

Starting from this moment, I want to create more story about what happen
nowadays, no matter where it occurred. We are living in the same planet, aye?

Senang kata, aku ingin mendekatkan hati aku yang penuh dengan kejahilan
dengan ilmu Islam, dan seterusnya, I would like to share some of my knowledge
and experience with you all with the hope that you will take it as a lesson you
should and shouldn't follow.

Aku ingin hidup ini diberi keredhaan dari Allah SWT.

InsyaAllah. I'll try do spend some time to make my tazkirah.
You may find it little offensive, but that is how I get my life
closer to the people nowadays and I want to do it, secara sempoi.

I refuse to act like a hypocrite. I will always be me. But that is my way to dakwah.

No matter what, InsyaAllah I will try my best to avoid mistakes
in the contents of my posts.

Any questions, feel free to ask me. Terima kasih.. .

Freitag, 3. Februar 2012

Nafsu & Cinta

Assalamualaikum, first thing first, ini adalah suara hati semata-mata.
Tak mampu untuk diucapkan, tapi hanya mampu untuk dituliskan.
Ada kaitan dengan yang masih hidup dan tiada kaitan
dengan yang telah pergi.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wahai manusia biasa seperti aku.. .

Tengoklah arah kanan, kiri, depan atau belakang sekalipun,
pasti kamu ada nampak kaum adam dan hawa, yes?
Dikalangan mereka, ada yang manis, ada yang cantik,
ada yang tampan, ada yang menarik. Yeaah.. .

Sedapnya mata memandang, cuci mata kejap boleh rasanya,
dengan niat mengamati kejadian indahNya,
tapi jangan masih nak pandang lama-lama
kalau mereka dah terpandang kamu.

Wah, mereka pandang tepat kepada kamu?
Bestnya.. . Heerrrhh~

Bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor.

Buat selambe sudey.. . Boleh?

Cuci mata dengan melihat alam ciptaanNya lagi best.

Biarlah orang nak kata nampak tak betul.

JANGAN CARI PASAL DENGAN NAFSU.

Kemudian, janganlah kamu mula 'memanggil' mereka
jika mereka ada memberi greenlight pada kamu untuk
'mendekati' mereka. "Jom couple" adalah ayat berbahaya.

Jangan hampiri couple kerana nafsu atau cemburu tengok kawan.

Yes mereka pegang-pegang tangan depan mata kamu,
bertemu janji sana sini, berSMS dan calling sampai larut malam
while you were studying. Rasa nak buat jugak sebab
ramai buat macam tu.

Aduhh!! ! Sunyinya rasa.. !

Untung mereka yang ada awek cun n pakwe hensem.
Aku sendiri pernah rasa macam tu masa zaman sekolah
dulu smpi tahun lepas. Alhamdulillah 2012 in permulaan baru.

Walau aku dah diberi peluang x terkira banyaknya, (ecehh.. .)
Aku berjaya biar hati aku di locked sampai dipertemukan dengan jodoh.
Alhamdulillah, aku memang suka tengok syaitan punya
plan sial tu gagal.

Memanglah.
Dalam niat nak bercouple itu,
ada saja kan rasa nak cuba-cuba itu dan cuba-cuba ini.
Ada juga berniat ikhlas untuk memiliki suami dan isteri.
Yang itu salah caranya, tak perlu couple, pergilah jumpa
ibu bapa lelaki atau perempuan yang kamu cinta itu.
Pergi pinang dia cepat. Pastu nak belajar ke apa buat lah.
Hati dia dan hati kamu tak akan diusik orang.

SIAPA JE YANG BERANI KACAU TUNANG ORANG? ;)

Setiap orang mesti ada perasaan nak memiliki dan dimiliki.
Tak lain, ada perasaan nak cuba benda yang dilihat di media kini.
Maklumlah dah baligh, perasaan tu akan ada automatic.
Kita manusia, memang dah dijanji oleh syaitan untuk sesatkan kita.

Berapa kali lagi nak cakap, yang ketiga itu ada.. !

LAWANLAH MAKHLUK API ITU. BE STRONG!

Back to the main topic.. .
Dan janganlah pula kamu selalu memberi peluang untuk mereka-mereka menyentuh hati kamu.

Kerana didunia ini, kaum-kaum adam dan kaum-kaum hawa yang telah menggoda kamu atau yang telah digoda oleh kamu itu bukan lah milik kamu seorang, tetapi mereka adalah jodoh yang telah ditentukan oleh Allah SWT untuk orang lain sejak azali.

JANGAN TAMAK NAK BOLOT SEMUA LELAKI N PEREMPUAN
YANG KAMU PUJA.. .
ADAKAH KAMU SUKA MEREKA MENANGIS ATAS PERBUATAN KAMU?

Tak kiralah 'freak' macam mana pun orang itu, dia pun layak merasakan cinta sejati.. .

Kasihanlah pada jodoh orang-orang itu. Tak kisahlah kalau kamu akan terasa rindu teramat pada bukan jodoh kamu itu. Mereka tetap bukan jodoh kamu. Mereka jodoh orang lain. Ulang kata, MEREKA JODOH ORANG LAIN. Kasihan mereka punya first love dah dirosakkan oleh orang yang tak berniat untuk berkahwin dengan mereka.

PERRRGGHH SEDIHHH SIAL!! !

Yang aku harap akan berhenti adalah kes yang serabut macam ni.
Jangan nak gebang dengan orang yang belum halal untuk kamu.
Kenapa nak maki hamun pada orang yang bersahabat dengan couple kamu?

"Jangan contact dengan dia lagi, I punyalah.
Dah xde jantan lain lagi ke?
Orang lain punya jugak u nak kebas!"
@
"Jangan ganggu dia lagi. Kalo tak aku kerjakan kau!"
Dalam couple, ini adalah ayat orang-orang yang tak tahu malu.

PATHETIC FOOLS!

Diorang tak tahu ke,

ORANG LAIN AKAN GELAKKAN DIORANG BILA DIORANG CLASH NNTI.

Secara tak langsung kamu telah merosakkan cinta pertama sesetengah daripada mereka yang berakhir dengan cela yang menyedihkan. Tak boleh padam dah cela tu. First tu hanya sekali.
Bila dah disentuh-sentuh macam gula-gula yang dah jatuh atas pasir, bila dah kahwin nanti, tak sedap hati tau walaupun dah tinggalkan zaman silam tuih.

Lagi-lagi dapat suami isteri yang panas baran. Tak bestla kahwin dengan orang yang pernah disentuh.

THE PLEASURE TU DAH TAK ADA!

Itulah ada yang mengatakan,

"ORANG YANG BAIK ADALAH UNTUK ORANG YANG BAIK.. ."

Jadilah orang yang baik. Belum terlambat.
Bersyukurlah kerana masih ada yang mampu berkata,

"I DON'T CARE WHO YOU ARE IN THE PAST, I ONLY CARE WHO YOU ARE IN THE FUTURE.. ."
(Ayat sape ni eh? X ingat lah.. . Sori, sy nk pinjam quote awak.)

Aku lagi lega bila dengar quote ini. Zaman jahiliyah aku dulu pun sangat teruk. Aku ni manusia. Senang kata. Aku tak sempurna, kita tak sempurna. But this post is not about me.
Buat apa aku nak citer lebih kn? :p

Jadi, marilah sama-sama berubah ke arah kebaikan.
InsyaAllah cinta kepada orang yang kita cinta akan kekal hingga ke syurga dan mari pastikan cinta kita kepada Allah SWT tidak kurang walau sedikit pun.

Jangan risau kalau kita rasa kita huduh n x de org nak kat kita.
Awek cun n pakwe hensem pun clash jugak.
Suami isteri pun ada bercerai.
Allah SWT itu Maha Bijaksana, ada sebab yang lebih baik
kenapa kita diuji begini.. .
Renung-renungkanlah.. .

Yang buruk itu dari saya sendiri dan yang baik itu dari Allah SWT.. :)

Wassalam. Take care buddies~!