Sonntag, 10. Juni 2012

Semester 4

Ok, so I have about few hours more, until I have no choice but to go back where I shouldn't belong. Where else. You I Tea M.

Anyway, I would like to give my highest gratitude to Allah SWT for giving me a chance to live again and again. Mom dad, bros sis, families relations, buddies friends. You all brighten my holidays. Thank you so much!

So few hours ago, my dear roommate Ayu called me. Oh why, I missed her so much. She said that she have done some 'adjustment' to our room. Yea.. . The room do need a new look. I must and I will convinced everyone to live with the new 'deal'!

I am happy happy happy because that day was a day when me, my sis and my dad were going for some serious shopping. As for me, I got 2 new clothes. What a day. Not forgetting our new hobbies. New and old movies.. . (My parents didn't allow us to buy pirated CDs.) They bought 7 DVDs. We were planning to buy 1 more later; Schindler's List.

I only watched 1 of the movies. Excellent!

Also, we were home at 1937hrs, and I am right! My mattress and a pillow I washed this morning has successfully dried. Sorry Ayu. Your pillow is still 'too heavy'. Don't mad, my 'MH' pillow didn't dry too. Fair enough. Lol!

Sadly, those days have ended. Back to my 2nd life. Being a student again. I hope 'things' between me and the uni's employees will end soon. I don't wanna go home just yet. I've done packing my bags at 2300hrs.

I guess the fun days are being paused now. It'll be resume, not today, tomorrow or next week. No. Months later, I hope so.. .

Alright okay thank you. Thanks for reading this sad and dull story of mine. It's hard for me to spend some times on the internet now. It's fine.

I got my class timetable. Again, thanks to my friend! Well, you know.. . I'd better, get goin'. Back to the books. Please pray for the best for me. Thanks! I love all the people I love! I love them until I die! Mak abah Leia sayang mak abah! :)

Assalamualaikum WBT & Auf Wiedersehen.

Mittwoch, 6. Juni 2012

Transit of Venus 2012 Experience

Alhamdulillah.. . Thank you Allah SWT! Thank you for this chance of letting me see the beauty of your creation. Although there isn't much for me to see, but thanks for this chance!

It is sad, I woke up late because I didn't know when (what time) this phenomenon will happen. So there I go, getting my things prepared;

2 shades and my dusty ol' telesc.

That's why I need 2

Was für ein schöner Tag. I saw an aeroplane. Can you find it? Beside the sun

My MSPaint art shows you what I saw

Much sad, I don't have the right 'gear' to snap the photo when it happened, but here I draw it back using MSPaint. How lame.. :'( (The view is inverted by the way)

Alhamdulillah. Thanks again for giving me this chance of my lifetime Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Guess I'll get to see it again next century although I maybe in hell or heaven that time. Kun faya kun!

p/s: Thank you Abah sebab bagitahu yang transit ini bakal terjadi. Kalau tak mesti Leia do nothing all day without giving any d*** about what happened today.. :')

ALHAMDULILLAH!! !


Transit of Venus 2012



You can read about it in the link above.

This 06 June 2012 is our last chance to see it. How sad I didn't even noticed it happened in 2004. Thank you so much to my dad. He's the one who reminded me about this phenomenon few hours ago.

I have missed few solar eclipse and super-moon and more. Sad, isn't it?

And this time, I will make sure I won't miss this chance to see the Venus transit. I need to bring down my telescope from the cupboard, put on a shade and see it!

The last transit we'll ever get to see for this century. December 2117 and December 2125? We won't stand a chance.. :'( So get out and get your eyes burned by the beauty of His creation!

InsyaAllah, I won't miss this chance. الله أكبر

2+1 (part 6)

Fish you Jo!

Kyra memberanikan dirinya. Dia menolak Jo sehingga Jo jatuh kedalam sebuah mesin pengadun. "Hei perempuan gila! Apa kau buat ni?! Kalau aku tahu kau sanggup buat aku macam ni, lagi elok kalau aku jadikan kau pelacur dulu!" Kyra tersentak setelah mendengar kata-kata itu. Dia berasa sangat marah. Geng-geng Jo sedikit demi sedikit hilang dari lokasi tadi, pergi mencuri dadah. Jo betul-betul telah dikhianati. "Tak sangka, saya ingat awak betul-betul sayangkan saya!" Jo berasa hendak muntah setelah ayat begitu didengarinya. "Orang macam kau dijadikan teman sukaria bolehlah. Nak jadi bini boleh blah! Hoi sesiapa, tolong keluarkan aku!"

Kyra seperti gila setelah mendengar lagi ayat sedemikian! Dia berasa sangat hina, lagi-lagi setelah direndah-rendahkan maruahnya didepan Cler. Kyra memandang kearah Shar. Shar meludah keluar pil itu. Dia kilaskan lagi pandangannya ke arah Cler, dia sedang menundukkan pandangannya, menangis, menyangka abangnya telah menelan pil itu. Kyra memang sudah hilang akal. Dia ingin Jo lenyap dari muka bumi ini! Dia berlari ke arah mesin disebelah pengadun itu, suisnya dihidupkan! "Sampah!!!! Kau patut mati!! !" Kyra menekan suis itu sekuat-kuatnya.

Mesin pengadun itu berputar, dan Jo mati didalam bahan adunan itu. Shar dan Cler sangat terkejut, mereka tidak menyangka Kyra se'berani' itu. Kedengaran bunyi beberapa siren diluar gudang itu. Kyra yang baru tersedar akan perbuatannya itu terasa sangat takut. Dia terlupa yang dia telah menghubungi pihak tersebut tadi. "Aku akan masuk penjara!" Fikirnya. Dia lebih memikirkan nasib yang bakal menimpanya di penjara kelak tanpa memikirkan perasaan yang bakal menghantuinya setelah berjaya membunuh sampah masyarakat seperti Jo.

Shar dan Cler dilepaskan dari ikatan ditangan mereka. Cler terus berlari ke arah abangnya. Shar kelihatan agak pucat berkata, ;Racun itu takkan ku telan walau apa pun terjadi! Polis dan penyelamat melihat kedalam pengadun yang tersekat-sekat itu. Rupa yang sangat ngeri! Geng-geng Jo yang sedang leka mencuri dadah telah ditangkap. Ketua operasi pencegahan jenayah itu memandang setiap yang ada didalam gudang itu. Hanya ada mereka bertiga, lalu beliau berjalan kearah Kyra. Beliau seperti telah faham-faham tentang apa yang terjadi.

Kyra terdiam seribu bahasa sewaktu gari mencengkam kedua-dua pegelangan tangannya. Tetapi, Shar dan Cler tidak membiarkan perkara tersebut berlaku begitu sahaja.

"Encik, kami boleh terangkan.. ."

"Tak mengapa, kita semua boleh bincang hal ini di balai nanti. Kemudian, pihak kami akan menghantar kamu semua pulang." Mereka berdua berdua tunduk akur mendengar ucapan itu. Mereka semua dihantar ke balai polis bandar bagi membantu siasatan lanjut. Dalam tempoh tersebut, Kyra telah ditahan didalam lokap sehingga tarikh perbicaraan kerana melibatkan akta barang terlarang dan akta membunuh. Oleh kerana Shar dan Cler tidak terlibat banyak dalam hal itu, mereka hanya membantu memberi sedikit penerangan dan dibenarkan pulang.

"Kyra, saya dan abang saya tak mampu berbuat apa-apa buat masa ini. Kami akan doakan semoga segalanya baik untuk awak." Kyra tersenyum tanpa berkata apa-apa. Airmatanya mengalir. Jauh dihati, mereka berdua faham apa yang dirasakan oleh gadis itu. Barang-barang mereka yang ditinggal di air terjun itu juga telah diambil. Ketika mereka sampai dirumah dengan dihantar oleh kereta polis, mereka terkejut kerana terlihat akan orang yang amat dikenali diluar pagar rumah mereka. Orang itu adalah jiran mereka, ibu bapa Jo.

Shar dan Cler disapa seperti biasa. Kemudian mereka berdua dijemput untuk kerumah Jo. Perbualan ibu bapa itu membuatkan si kembar itu sebak dan kesal, tetapi apakan daya sekiranya takdir Jo memang begitu. Setelah hampir 2 jam berbual, ibu Jo berdiri dan berkata; "Kami harap, kamu berdua tolonglah rahsiakan hal ini dari kedua ibu bapa kamu. Ianya untuk kebaikan kita semua. Bukan kami tak sayangkan Jo, tetapi apa yang berlaku, biarlah berlalu." Sambil itu si bapa menenangkan isterinya yang mula menangis. Setelah itu, mereka meminta diri.

2+1 (part 5)

Damn you!! !

Pintu pondok dimana Cler dikurung ditendang begitu kasar, kemudian Shar ditolak ke tempat duduk mereka. Shar agak 'khayal'. "Abang!! !" Namun panggilannya tidak disahut, abangnya sudah tidak sedarkan diri. "Tolonglah jangan buat macam ni. Nak duit kami boleh bagi, tapi tolonglah lepaskan kami." Cler menangis merayu-rayu terhadap penculik tadi. Tak lama selepas itu, Jo pun datang.

"Orang aku cakap abang kau ni ada telefon seseorang tadi, aku rasa mesti dia telefon polis. Dah, ikut kami, port ni dah tak selamat!" "Awak, mari sini dekat abang." Muahh~! "Kasihannya Kyra. Kalaulah aku dapat tolong dia." Khemah-khemah mereka ditinggalkan, mereka semua menaiki lori dan menuju ke utara. "Lagi senang kalau budak-budak ni dijual." Bisik suatu suara yang datang entah dari mana, terus ke telinga Jo. "Heh, tukar plan. Kita pergi ke tempat minggu lepas." "Tempat 'itu' ke bos?" Tanya si pemandunya. "Ikut je arahan aku."

Kumpulan penyelamat datang bersama-sama polis ke lokasi dimana mereka diihubungi Shar. Walaupun Shar tidak mengetahui dimana mereka berada, tetapi dengan bantuan satelit, ianya dapat dikesan. Kakak tadi telahpun diselamatkan. Tapak perkhemahan geng gian dan mereka berdua telah diserbu, tetapi masih gagal untuk polis mencari petunjuk. Tetapi Kyra telah mengkhianati 'kekasihnya' itu. Dia telah mencuri telefon Shar dan menyembunyikannya tanpa pengetahuan sesiapa. "Demi awak, Cler, saya sanggup." Setelah beberapa jam, mereka pun sampai di tempat 'itu'.

Shar tersedar, tetapi pandangannya masih kabur. Cler hanya berdoa sepanjang perjalanan itu. Jo dan Kyra turun daripada lori itu. Ketika Jo pergi menguruskan urusannya itu, Kyra telah pergi agak jauh dan menelefon nombor terakhir yang Shar hubungi sebelum dia diculik. "Harap-harap mereka cepat sampai disini. Ah helo!?" "Kyra!! ! Awak pergi mana tadi?" "Pergi tengok keadaan sekeliling saja." Jawapannya tidak menimbulkan sebarang syak, ditutup dengan gayanya yang manja. Sekurang-kurangnya dia telah berjaya mendapatkan bantuan. "Jangan risau, tempat ni OK. Mereka berdua tak akan mati."

Shar dan Cler dipisahkan agak jauh, jadi agak sukar untuk mereka berkomunikasi. Mereka berdua amat takut. Sampailah mereka ke suatu gudang. Mereka sangat terkejut. Gudang yang disangka kilang balak itu adalah gudang dadah. "Aku nak kau dan kau cuba dadah baru ni." Dengan harapan, mereka berdua itu pengsan, hilang ingatan, atau lebih elok lagi, mereka boleh dibedah dan organnya dijual. Lebih lumayan dari meminta wang tebusan. Bermacam-macam bisikan lagi yang dibisik di telinga Jo.

"Kau yang baju biru, sini." Keadaan menjadi agak tegang. Biasanya setiap dadah yang baru diproses hanya diuji pada haiwan sahaja. Geng-geng Jo berasa teragak-agak untuk membiarkan Jo meneruskan niatnya itu. Bisikan-bisikan tadi hanya Jo yang dengar, bukan mereka semua. Kerana mereka semua jangkakan ialah untuk menjadikan mereka berdua itu pengedar, seperti apa yang terjadi kepada mereka semua. Mereka semua 'tidak mampu' melarikan diri, kerena takut pada Jo, dan kekayaan yang diperolehi sekiranya bisnes mereka berjaya.

"Ha, yang warna biru laut ni baru siap. Jadi aku nak tengok boleh dijual atau tidak." Jo berbohong, niat dihatinya tidak diberitahu. Shar yang berbaju biru itu enggan berbuat demikian. Kerana dia tahu, 'dadah itu musuh negara, bangsa dan agama'! Walau sebiji dadah itu ditelan, hidup dan masa depan seseorang itu akan musnah! "Tunggu apa lagi, makanlah!" Suasana senyap, tidak ada sesiapa yang berani bersuara.., kecuali Kyra. "Awak! Sudah! Jangan paksa dia makan pil tu!" "Ai, awak ni di pihak siapa? Kalau pil ini berjaya, bolehlah saya beli barang mahal-mahal lagi untuk awak, OK!!?!" Ayat 'OK'nya itu kedengaran sangat kasar dan penuh dengan kekejaman disebaliknya."Hngh makan!" Pil itu telah berjaya disumbatkan kedalam mulut Shar! "Abang!! !" Jangan!"

Dienstag, 5. Juni 2012

2+1 (part 4)

WTH? Orang khayal walking towards our camp?

Shar berlari ke arah yang salah! Dia terserempak dengan 2 orang yang kelihatan khayal. Dia sempat menyorok.Dia melihat kedua-dua orang itu berjalan kearah air terjun, tapak perkhemahan dia dan Cler. "Lain macam ni. Aku kena cepat!" Dia pun meneruskan perjalanannya, kini dengan lebih berhati-hati.

"Bi, kenapa nak culik-culik ni? Nak buat apa dengan budak tu?" tanya Kyra. "Awak tak faham lagi ke? Abang nak cari duitlah. Nak sara awak dengan nak beli barang baik. Hishh dah jangan tanya lagi." Cler yang duduk tidak jauh dari mereka terdengar perbualan itu. Kyra mengalihkan pandangannya kepada Cler, Cler membalasnya dengan rasa kecewa. Di hati mereka diwaktu itu, hanya Tuhan yang tahu.

Telefon bimbit Jo berbunyi, dia menjawab, dan meletakkan panggilan itu semula. "Baby, awak tolong tengok-tengokkan budak ni. Kalau dia buat hal, awak call abang. Abang dengan kawan-kawan abang ada bisnes dengan Geng Jerat." Mereka semua pun pergi, maka tinggallah mereka berdua. Kyra melihat keluar tingkap, mereka semua hilang ditelan kabus. Kyra terus berlari ke arah Cler.

"Cler!! ! Saya minta maaf!! ! Huuu~!!" Dengan rasa tak malu, Kyra berlari lalu terus memeluk Cler. "Astarghfirullah al-Azim.. . Kyra, awak lepaskan saya, tolonglah lepaskan saya.. ." Kyra masih berdegil, dia berasa sangat bersalah kerana dia menyebabkan seseorang yang dia minati diculik. Malah dia seperti tidak mahu melepaskan Cler. "Kyra, kalau awak rasa bersalah, jangan peluk saya, kemudian awak bukalah ikatan saya." kata Cler yang keadaannya sudah tidak menentu. Ditambah lagi dengan pakaian gadis itu yang seperti tidak cukup kain.

"Tak boleh, saya takut, nanti Jo pukul saya!" katanya sambil duduk dihadapan Cler. Cler memandang-mandang Kyra, mukanya jika dilihat dengan teliti, terdapat beberapa kesan dilempang. Di badannya, Cler tidak sanggup memandang, sangat seksa! "Jika mukanya diperlakukan begitu, apatah lagi badannya. Faham-fahan je lah, Cler." katanya didalam hati.  "Cler.. ."

Kali ini, perangai gadis itu semakin ganjil. Dia kelihatan.., miang! "Cler, sebenarnya saya sukalah tengok awak lama-lama. Awak rasa saya ni comel tak? Agak-agak bila kita boleh.. ." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Cler terus berkata; "Jangan mengarutlah! Awak ni khayal ke?! Luaran nampak cantik dan manis, tapi hakikatnya awak ni buruk!! !" Ketika itu, Cler seperti sudah hilang sabar dengan perbuatan gadis itu.

"Ala awak ni.. . Zaman sekarang ni, macam mana buruk pun perangai orang yang cantik, buat salah macam mana pun mesti orang maafkan. Yang hodoh tapi baik, masih orang tak suka kan? Jadi awak maafkan saya." Dalam kepelikkan itu, tiba-tiba air matanya mengalir tak henti-henti. "Ini bukan pilihan saya, Cler, saya bukan seseorang yang berperangai begini. Wuu.. ." Cler melihat gadis itu dengan penuh belas kasihan. Tambahan lagi Cler tidak tahan jika melihat gadis menangis. "Kyra, saya akan dengar cerita awak."

Shar telah sampai ke tapak perkhemahan yang dilihatnya semalam. Tak ada orang. Signal di handphone masih tiada. Dia cuba mencari sesiapa, tetapi tetap tiada orang. "Oh~!" Shar sudah mati akal. Dia tidak mempunyai pilihan lain lagi kecuali berlari keluar ke gerai semalam.

Agak pelik, talian telefonnya masih belum aktif. Telefon Cler pula telah mati secara tiba-tiba. "Sah tempat ni tak betul." Kemudian dia sampai ke gerai tersebut, yang ada cumalah kakak yang mereka jumpa semalam dan tiada pelanggan. Dia menerangkan hal tersebut dengan sedaya upayanya, tetapi dia tidak perasan tentang kehadiran geng Jo yang sedang bersembunyi tidak jauh darinya. Orang itu telah mendengar satu per satu apa yang diungkapkan. "Aku kena call bos cepat ni.. ." Walaupun agak terlambat kerana Shar telahpun menelefon pihak penyelelamat, tetapi masih belum terlambat untuk membawa budak bermulut celupar ni lari bersama kembarnya yang lagi satu.

Ketika kakak itu kedapur untuk membuat air, dia telah dipengsankan dengan cara yang sama ketika mereka menculik Cler. "Lama pula akak ni. Tekak dah kering. Hmm.. . Ehh! Aii!!" Mata Shar telah diikat. Dia cuba melepaskan diri, tetapi gagal setelah dia disuntik dengan dadah. "Huhh, budak ni masalah betul. Masalah lagi sebab dia dah telefon siapa entah tadi."

2+1 (part 3)


Setelah itu, mereka pun tidur. Tip tap tip tap jam tangan mereka berbunyi. Shar tersedar, dengan keadaan separuh mamai, dia melihat jam menunjukkan hampir pukul 3.00am. Kedengaran pula bunyi hujan yang turun ditengah-tengah pagi yang dingin itu. Shar membalikkan pandangannya ke arah Cler. Tetapi Cler tak ada disebelahnya. "Cler tak ada? Hm.. ." Dia pun terlelap semula. "CLER??!! CLERRRRRRRRRRRR!!!!" Jeritnya didalam hati dan terus terkeluar jeritannya setelah tersedar yang khemah mereka telahpun dibuka. "Mana pula Cler pergi diwaktu-waktu macam ni? Aku suruh buangkan sampah waktu malam pun takut. Ni lagi kat tengah hutan mana." Shar sangat risau. Matanya sudah tidak dapat ditutup lagi. Dia seakan-akan koma, dalam keadaan terduduk dan fikirannya menjadi kosong. Hujan pula semakin lebat. Apa-apa pun tak boleh dibuat ketika itu. "Cleerr~"

Setengah kilometer dari khemah mereka terdapat tapak perkhemahan lain yang dihuni oleh beberapa kumpulan mat gian. Sesetengahnya sedang khayal, ada yang merokok dan selebihnya sedang tidur. Di khemah yang terakhir pula, terdapat Cler yang sedang pengsan didalamnya. Cler telah diculik.

Berbalik kepada Shar, dia hanya mampu berdoa, kerana bimbang yang mungkin adiknya 'telah disorok'. Beberapa jam kemudian, hujan pun berhenti, dan tibalah waktu Subuh. Shar berdoa bersungguh-sungguh. "Lindungilah adikku Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. ." Adiknya masih tidak kelihatan. Barang-barang mereka langsung tidak disentuh. Tiba-tiba air mata membasahi pipi Shar sekali lagi.. .

"Heh, dia dah nak bangun tuh." "Hehee bagus bagus bagus." "Fjlmgahtnkio!" "Bla bla bla.. ." Cler terus membuka matanya seluas yang mungkin. "Aiiiii~!!!!!!!!!!! Siapa kamu semua ni??!" jeritnya. Tangannya terikat. Kesemua orang disekelilingnya kelihatan begitu selekeh. Baju kotor, pemetik api, jarum suntikan dan sampah-sampah yang lain, ditambah dengan bau busuk yang semacam. Khemah yang kecil itu dipenuhi dengan mat gian batak yang lain.

Cler tidak mampu berkata apa-apa. Dengan suasana itu, dia yakin dia memang telah diculik. "Han, aku dapat seorang budak ni. Aku yakin dia ni kaya. Dapatlah kita stock-up 'barang'. Heheheehh~" kata salah seorang dari mereka diluar khemah itu. "Han? Siapa pula orang tu?" fikirnya didalam hati. "Dah, keluar dari khemah ni. Bos kita nak cakap dengan lu." Cler pun keluarlah dari khemah itu, dia terlihat seseorang yang dia kenal. "Aku tak sangka.. ?" Han yang dimaksudkan ialah Johan, jiran mereka yang digelar 'Jo' itu. Johan seperti sedang khayal. Disebelah Johan, trdapat seorang gadis. "Kyra?!" fikirnya.Suasana terdiam sebentar.

"OMG.. ." Kyra amat menggeletar ketika itu. "Baby, awak ni kenapa? Awak kenal ke mamat ni?" tanya Jo. "Tak kenal. Cuma.. ." Belum habis berkata, Jo menyampuk "Dah, dah. Baby pergi duduk sana. Biar abang settle-kan kerja abang." Kyra membalikkan badannya sambil berjalan kearah khemah berhampiran. "*Fish & Chips.. ."

"Ha, tak payah nak usha awek aku lama-lama. Eh, aku kenal kau siapa. Pernah nampak. Kau ni jiran aku kan?" Jo yang tersedar sedikit dari khayalnya terus mengeluarkan pisaunya dan terus menghalakannya kepada Cler. "Ya, ya, memanglah, kau ni jiran aku kan? Yang budak kembar tu." Cler hampir pengsan dengan perbuatan jirannya itu. Dia tidak berkata apa-apa. "Apa kau buat kat sini hah budak kembar?! Siapa hantar kau ke sini?!" Jo menyimpan semula pisaunya. Dia fikir, si kembar tu tidak mampu berbuat apa-apa. "Siapa yang culikkan budak ni? Tak ada orang lain ke?!" Salah seorang dari mereka dengan selamba berkata; "Ada dua orang, jadi kita ambil satu saja. Tak susah." Jo seolah-olah disimbah api. "Kepala hotak kau tak susah! Lagi seorang panggil polis nanti macam mana?! Pergi cari yang lagi seorang sekarang!! !"

Sementara itu, Jo, Kyra dan beberapa ahli geng mereka membawa Cler ke suatu pondok terpencil yang terletak agak jauh dari khemah mereka semua.

Cuaca mula menerang sedikit demi sedikit. Shar yang tertidur kerana terlalu risau itu dikejutkan dengan kicauan burung dan air hujan yang menitis dari pohon diatasnya. Kepalanya terasa berat. Matanya sedikit bengkak. Apa yang terlintas difikirannya, bermacam-macam. Kemudian dia teringat, dia boleh minta tolong orang dari tapak khemah yang dia lihat semalam. Shar mengambil barang-barang penting dan selebihnya ditinggal didalam khemah.

2+1 (part 2)

Setelah di-approve, gadis itu terus IM Cler dan berkata:

"HaI AwAk! SyE SkE SgAt StAtUs Yg AwAk RePlY KaT BuDaK YaNg KuTuK ArTiS BaRu Tu! AwAk nI MsTi Se0rG Yg SgAt c00L eN? KiTa Ni BlEh Jd GeNg Ni! BtW AwAk BlEh cAll SyE KyRa jEr p/s: HeNsEm DP =)"

"Macam gedik je gadis ni. Tapi tak apalah buat masa ni." fikirnya.

Cler pun membalas mail tersebut dengan rasa gembira kerana berharap Kyra dapat menghilangkan rasa bosannya sejak ketiadaan ahli keluarganya yang lain pada masa itu. Dihatinya ketika itu, dia sudahpun ada orang lain sebenarnya, cuma orang itu belum 'sampai'.

Mereka berchatting sampailah Shar pulang dari meeting persatuannya.Kehulu kehilir Shar buat kerja rumah sambil lalu didepan bilik Cler, Shar masih nampak Cler masih tercongok sambil tergelak kecil dedepan laptopnya. Abangnya mengetuk sedikit pintu biliknya sambil berkata "Jangan lupa solat tau." Cler melihat pada jam yang menunjukkan hampir pukul 6:30pm. Dia pun berhenti sebentar. Kemudian disambung semula perbualannya dengan gadis itu. Tak lama kemudian, dia pun mengundurkan diri walaupun gadis itu masih ingin berchatting dengannya.


Sekarang, jam telah menunjukkan pukul 9:34pm. Makan malam mereka pun telah habis dijamu, dan kemudian bermulalah perbualan mereka. "Abang tengok bukan main lagi, tersenyum-senyum depan laptop tadi. Tak nak cerita ke?" Cler dengan ringan mulutnya bercerita tentang hal tersebut kepada Shar. Shar sentiasa tersenyum, tetapi jauh disudut hati, Shar berasa tidak sedap hati dengan gadis yang dipanggil Kyra itu. Namanya seperti tidak asing dari telinganya. "Kyra? Can't be?" Maka terkeluarlah cerita dan lain-lainnya setelah itu. Setelah siap melakukan kerja rumah mereka, mereka pun tidur dan bersedia untuk menjalankan plan mereka dihari pertama cuti penggal mereka yang bakal bermula esok.

Jam berbunyi semula pada pukul 8.00am. Pada hari tersebut, mereka akan melakukan sesuatu aktiviti yang luarbiasa iaitu mereka akan menaiki keretapi, menaiki bas dan akan turun di tempat yang mereka tidak pernah dengar. Nasib mereka, mereka telah sampai ke negeri lain. Tempat yang cukup asing bagi mereka. "Cler? Ok tak ni? Lain macam je?" "Eh, tak ada apa lah." Cler kelihatan kurang bermaya pada waktu itu. Tetapi dia masih boleh meneruskan aktiviti yang dirancang. "Baiklah, kita pergi singgah gerai kat seberang tu. Tanya pasal tempat yang menarik kat area sini." kata Shar. "Assalamualaikum kak, nak tanya sikit.. ." Maka mereka pun bertanyalah sikit demi sedikit tentang tempat mereka berada pada waktu itu. " Oh, baru akak ingat. Kamu jalan kearah itu, dalam 30 minit lebih nanti ada air terjun. Tempat tu cantik, bersih, lagipun tak ramai orang pergi." jawab penjaga kedai itu. "Ok kak, terima kasih banyak-banyak."

Lalu, mereka pun beranikan diri mereka untuk pergi ke tempat yang dicadangkan. Setelah hampir sejam berjalan.. , "Abang ni, entah betul ke tak apa yang orang tu cakap. Entah-entah dia sengaja nak prank kita sampai sesat." "Tak baik bersangka buruk terhadap orang, hm, abang ada nampak macam khemah-khemah kat depan sana tu. Jom." Mereka pun hampir sampai ke tempat itu, kedengaran juga beberapa orang berbual. Orang-orang berbual itu juga langsung tidak kelihatan kerana semak samun yang agak tebal. Tetapi secara tiba-tiba suasana menjadi sunyi sepi, seperti kehadiran mereka berdua tidak diingini.

Cler memeluk tangan abangnya, takut. Shar yang sedikit takut berkata "Tak apa, kita pergi kat sana, abang ada dengar bunyi air terjun tadi. Mari." Sambil mereka berjalan ke arah lain itu, mereka berasa seperti diperhatikan. Lebih-lebih lagi walaupun mereka telah siap memasang khemah, hati mereka berasa tidak tenteram. Tetapi apakan daya, perjalanan ke tempat asing itu juga telah mengambil masa beberapa jam dan keadaan pun dah mula gelap, sudah terlambat untuk mereka berpatah balik. Kemudian, mereka pun menyalakan unggun api.

"Haih, idea ni macam salah lah, abang." "Tapi nak buat macam mana, kita masing-masing dah setuju. Teruskan jelah. Kita tutup lah topik tu. Hm, Cler ingat lagi tak masa kita sekeluarga pergi bercuti kat luar negara tahun lepas?" "Oh, masa abang berkenalan dengan gadis ayu tu ke? Kes rindu lah tu. Hehe." Mereka berbual-bual tentang bermacam-macam topik sambil memakan sup, ditemani beberapa ekor tupai manja, berbumbungkan bintang-bitang yang cukup cerah yang turut dikelilingi dengan bunyi air terjun dan cengkerik. Keadaan itu cukup mendamaikan sehingga mereka seolah-olah sudah melupakan tentang insiden seram dan terus berborak sehingga larut malam.

Sonntag, 3. Juni 2012

2+1 (part 1)


2+1 by Saleha Baharuddin.

Pada suatu hari yang indah dan tenang di sebuah bandaraya di Selangor, terdapat sebuah keluarga yang manis, peramah dan bahagia yang baru beberapa tahun berpindah dari Johor. Keluarga yang lengkap dengan seorang ibu, seorang bapa dan anak kembar lelaki mereka yang bernama Shar dan Cler yang masing-masing berumur 17 tahun dan bakal menduduki SPM pada tahun tersebut.

Shar hanya tua 2 minit daripada Cler, dan mungkin disebabkan itu, perangai dan sikapnya lebih matang. Pada bulan ke-6 persekolahan mereka di tingkatan 5, kedengaran sebuah pergaduhan kecil di rumah mereka. "Cler, kau dengar cakap abang! Abang cakap sekali je lagi, kau bangun sekarang! Mentang-mentanglah mak dengan abah outstation, jadi kau ingat senang-senang je kau boleh ponteng sekolah?! Kau tak ingat ke ada test hari ni?! Test BM!" "Alah, test je pun. Bukan exam betul-betul kan.. ? Malaslah.. ." jawab Cler yang sedang mamai.

"Dahlah kau! Malas abang nak bising-bising lagi. Abang dah buat sarapan, baju pun abang dah gosok. Abang nak tengok kau dekat sekolah nanti! Faham?!" jerit Shar yang fed up kerana hampir setiap hari membebel pada adiknya pada minggu ibu bapa mereka outstation. "*SNOOZE-SNOOZE-SNOOZE!! !" "Ish bising ah jam ni! Pandai-pandai je Shar tu setkan alarm!" Jam pun telah menunjukkan pukul 7:15am. "Huh.. ." Akhirnya Cler akur pada cakap abangnya dan terus bersiap ke sekolah.

Di kelas, Cler disapa oleh ketua kelasnya, Zan. "Cler, sejak minggu ni aku tengok kau selalu lambat je. Kenapa?" "Adalah hal sikit." Jawapan pendeknya membuatkan Zan berasa sedikit pelik kerana kebiasaannya mereka masih boleh bergurau-gurau dengan setiap perbualan mereka. "Ok, kalau rasa nak cerita nanti, sudi-sudilah cari aku eh." Zam pun kembali ke tempat duduknya sambil diperhatikan oleh guru yang baru tiba untuk test mereka. Setelah mengucapkan salam kepada guru mereka, maka bermulalah test mereka yang terakhir sebelum cuti. "Kamu ada 2 jam. Dah siap boleh tidur. Jangan nak menjeling-jeling." Cler berasa agak bernasib baik kerana test tersebut tidaklah seleceh yang disangka. Di kelas sebelah pula, Shar menjawab testnya dengan cukup berhati-hati.

Akhirnya, tamatlah test yang memenatkan. "Cler! Abang kau panggil tu." kata salah seorang rakan sekelasnya. "Ya, ada apa, bang?" tanya Cler sambil berjalan kearah abangnya. "Thanks sebab datang hari ni. Balik ni, abang masak masakan kegemaran kau." jawab Shar sambil tersenyum. Seterusnya, mereka pun terus menjalani rutin mereka. Beberapa jam kemudian, tamatlah sesi persekolahan mereka untuk minggu itu.

Sambil mereka berdua berjalan untuk pulang ke rumah yang tidak jauh daripada sekolah, Shar pun berkata sesuatu kepada Cler. "Cler, abang minta maaf sebab marah pagi tadi. Abang tak nak kau jadi macam Jo kat rumah sebelah tu. Dengarnya dah berbulan dia tak balik. Ingatlah, apa yang abang cakap ni untuk kebaikan kau, bukan saja-saja nak bising. Kau pun tahu tak lama lagi kita akan menduduki SPM. Janganlah hampakan mak abah, ok?". Cler hanya mengangguk dan tersenyum. Pejam celik, sampailah mereka dirumah.

Memandangkan hari itu hari Jumaat, mereka pun menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang Muslim. Setelah itu, Shar juga menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang abang, memandangkan Cler hanya tahu masak makanan segera. Di meja makan, keadaan agak suram. Untuk memecahkan suasana tersebut, Shar bertanyakan tentang keadaan adiknya yang selalu mendiamkan diri sejak ketiadaan ibu bapa mereka. Pada mulanya, Cler hanya berkata "Tiada apa" dan yang sama dengan ayat tersebut. Akhirnya dia pun memberitahu hal sebenar. "Cler rasa sunyi semacamlah, abang."

Shar tersenyum sambil mengangguk sedikit, kerana serta merta dia dapat memahami apa yang Cler inginkan. "Nanti malam kita cakap pasal ni. Abang ada hal persatuan yang nak diuruskan. Kunci rumah tahu?" Cler pula kembali ke rutin hariannya. Dia menyemak setiap notificationnya dengan rasa agak bosan. Secara tiba-tiba, dia mendapat friend request dari seorang gadis. Hatinya berdebar-debar. DP gadis itu adalah gambar seorang gadis yang sangat cantik dan kelihatan manja. I hate to say this, tetapi itulah ciri-ciri gadis yang Cler inginkan pada waktu itu.

(to be continued.. .)

Cerita 2 June

Ada beberapa events yang berlaku di hari Sabtu yang penuh dengan rahmat dan berkat ini. Terutama sekali, aku dan keluarga aku pergi ke perkahwinan 2 pupu aku yang diadakan di Dewan Banquet UPM Serdang. Indeed. Memang kami telah sesat jalan kerana peta di kad itu agak pelik. Ending up, sampai lambat.

First of all, aku memang berasa ringan untuk menghadiri perkahwinan sesiapa pun kerana diwaktu itu, Allah SWT telah menjayakan suatu event yang amat mulia. Aku cuma agak malas untuk memakai baju kurung. Kalau tak, nak pergi kuliah pada hari Isnin, kelas agama dan hari Jumaat sahaja baru ku pakai baju kurung.

Dah alang-alang berbaju kurung, aku nak cuba bergaya sedikit. Baju kurung moden wana merah, tudung merah, sandal dan accessories aku. Keluarga 2 pupu aku orang yang berjaya-berjaya belaka. Aku pun ingin menjadi seperti mereka, berjaya dalam pelajaran, baru kahwin. Amin.. .

Orang-orang Melaka, adik beradik abah dll. At least sweetheart aku, Faiqah pun ada datang dan greet aku. Bestnya kita makan choc buffet. Aku rasa sangat immature! Aku pun makanlah juadah yang diambil. Oh forget to tell, orang kateringnya sangat segak. Seragam ala-ala jejaka Melayu dizaman kesultanan Melayu dulu. Hehe bless you. *

Dari jauh aku tengok sweetheart aku dan sepupu-sepupu lelaki baya dia hang out di fountain itu. Sebab dia dah ada adik baru, aku boleh bawa dia bersama aku. Lol! Mak andak aku bagi aku tidur rumah mereka, tapi aku nak pergi shopping dengan abah esok. InsyaAllah aku nak tidur rumah adik bongsu abah aku macam masa aku form 3 dulu.

Then aku tengok pula pada keluarga pengantin dan pengantin. Aku ucap tahniah. Alalala malu-malu pula pengantin itu. Aku doakan yang terbaik untuk mereka berdua si merpati 2 sejoli.. :) Bagusnya, aku tahu kalau boleh, mereka berdua impikan sebuah hari yang paling sempurna supaya ianya dapat diabadikan seumur hidup mereka. Barakallah.

Otw balik, sesat lagi. Lol! Tapi sebab masa aku budak-budak dulu, mak aku selalu bawa aku bersiar-siar sampai ke KL. Jadi, jalan tu memang tak asing bagi mak. Alhamdulillah, sampai ke USJ entah macam mana. Lol! The next destination, Shah Alam. Esoknya kawan kakak aku bersanding lak. Hari ni kawan dia lagi seorang bertunang. Kawan kakak ni ramai bakal doktor. Anyways, kakak, Leia nak tengok kau bersanding sebelum Leia mati.

Sampai ditempat itu, Mr.Paralyzer greet aku. And there we goes, looking for the wedding gifts. Mak, don't say that! Tak lupa juga, the juicier incident. Best juga masa nak test juicer tu. About the safety and stuffs. Mr.Paralyzer, I'll make some juice for you. Lol. Wait. Am I in llllll... .. . again? Yes. I am in like again! I like you, Mr.Paralyzer. 'Chemical Reactions' happened this one time, okay I am out. I noticed, banyaknya kita berbicara.. :)

Sebelum balik, kami singgah di market beli barang sikit. Beberapa jam kemudian abang ngah aku dan isteri dia balik. Abah takut-takutkan aku sejak insiden aku tak jawab panggilan abang ngah tempoh hari. HP aku akan dibuang!! ! Lol, memang aku kena marah betul dengan abang ngah. Tak sah aku tak kena marah dengan abang ngah setiap kali kami berjumpa!

Lepas sedikit urusan van diuruskan, mereka pun balik ke Nilai sebab abang ngah aku kerja pagi esok.

Then the time comes, all so sudden, aku teringat apa yang abah tanya aku masa mak dan kakak aku beli barang tadi. Abah tanya aku tentang Kakoi-San, cinta zaman sekolah aku, where is he now and stuffs. Then aku pun ceritalah pada abah pasal apa yang terjadi pada hari terakhir SPM tahun 2009 kami itu. Then aku tanya balik. Cerita yang lebih kurang.

"Abah nak kau kahwin dengan 'Datuk'. Bukan d.a.t.u.k, tapi D.A.T.O dengan comma di atas." Lol aku cakap aku akan pilih Tan Sri terus! What a joke! Bila sebut 'datuk', masa singgah British Petroleum petang tadi, seorang 'datuk' Cina ni berbual sikit dengan aku. Dalam kereta aku cerita semula pada family aku. Kakak aku cuma cakap 'business'. Aku yakinkan mereka yang 'datuk' tu memang berbudi bahasa dan ikhlas. Abah cakap "Orang tu berkenan dengan kau tu." Lol!

Sampailah sekarang, aku teringat cerita-cerita yang terjadi sepanjang hari tadi. Tetapi dah macam pendirian aku, aku tak nak berkahwin. Aku cuma suka berkawan dan bermain sahaja. Tapi jangan salah faham, aku tak pernah berniat lebih dari kawan dengan sesiapa ataupun aku ini seorang playgirl. I got my pride! Samalah aku dengan lelaki diluar sana yang friendly. No matter what happen, kami tetap setia pada yang satu. Yang Maha Esa dan hamba-Nya yang bakal disatukan dengan kami. Beres?

Auf Wiedersehen! (Teringat pula masa kami ternampak Bavarian Bierhaus otw balik tadi. I want a wiener schnitzel und kartoffelsalat!)

Whew, what a day!





Samstag, 2. Juni 2012

Lelaki & Jeruk

Assalamualaikum WBT. Tajuknya agak luar biasa sikit. I know. Bacalah lama sedikit. Untuk kalian yang curious, mungkin akan tahu kenapa saya bercakap tentang 'Lelaki & Jeruk' ditengah-tengah malam buta ini.

Jeruk? Why on earth.. .

Jeruk adalah sesuatu yang selalu dikaitkan dengan perempuan. Asal jeruk, mesti perempuan suka. Ya, kebanyakkan perempuan sangat suka makan jeruk. But yeah, saya tak selalu makan jeruk. Saya hanya makan jeruk kalau saya tengok kawan saya makan. Saya akan minta sedikit. Hihi.. . Mulut saya asyik kering lepas makan jeruk.

Ianya dah seperti menjadi suatu kebiasaan untuk kita dengar perempuan-perempuan makan jeruk sama seperti orang memakan snacks dan candy. Tengok TV, borak-borak, study, doing nothing pun mungkin adalah masa-masa mereka makan jeruk. Termasuk juga, perempuan mengandung yang mengidam macam-macam. Biasa yang kita dengar, perempuan mengidam, mesti nak makan jeruk.

(Saya disini tidak merendah-rendahkan tahap jeruk. Tak payah nak serius atau terasa sangatlah kan. Aku takkan pujuk orang yang tersentuh dengan isu remeh!) By the way.. .

But when it comes to man,  macam mana pula?

Adakah lelaki tidak suka makan jeruk? Saya tak pernah tengok atau mungkin saya tak pernah perasan ada lelaki yang berbuat demikian. Why could it be? I am so curious. This is the story.

Pada suatu malam di 01hb Jun, saya dalam perjalanan pulang dari berjumpa dengan seorang sahabat. Dari jalan yang sama, terdapat seorang lelaki menaiki motosikal didepan kenderaan saya. Oleh kerana saya berada agak lama dibelakang dia, accidentally saya terhidu sesuatu yang masam manis dari lelaki itu.

Then I remember. Beberapa jam sebelum itu, saya dan sahabat saya pergi makan dan kemudian dia membeli jeruk di kiosk berhampiran. Siap belanja saya candy lagi! Thanks! Oh nevermind that. The point is, bau jeruk-jeruk di kiosk tadi seperti sudah di-saved didalam hidung saya. Bila ter-bau benda tersebut dari lelaki itu, saya dapat recall. Itu memang bau jeruk.

Yes saya sangat curious.

Adakah lelaki suka makan jeruk? Kenapa saya tak pernah nampak? Saya nak cuba beli jeruk mangga (my favorite :9) dan saya akan hulurkan kepada kawan lelaki saya.

LOL I need to get a life now.

Auf Wiedersehen!