Dienstag, 5. Juni 2012

2+1 (part 2)

Setelah di-approve, gadis itu terus IM Cler dan berkata:

"HaI AwAk! SyE SkE SgAt StAtUs Yg AwAk RePlY KaT BuDaK YaNg KuTuK ArTiS BaRu Tu! AwAk nI MsTi Se0rG Yg SgAt c00L eN? KiTa Ni BlEh Jd GeNg Ni! BtW AwAk BlEh cAll SyE KyRa jEr p/s: HeNsEm DP =)"

"Macam gedik je gadis ni. Tapi tak apalah buat masa ni." fikirnya.

Cler pun membalas mail tersebut dengan rasa gembira kerana berharap Kyra dapat menghilangkan rasa bosannya sejak ketiadaan ahli keluarganya yang lain pada masa itu. Dihatinya ketika itu, dia sudahpun ada orang lain sebenarnya, cuma orang itu belum 'sampai'.

Mereka berchatting sampailah Shar pulang dari meeting persatuannya.Kehulu kehilir Shar buat kerja rumah sambil lalu didepan bilik Cler, Shar masih nampak Cler masih tercongok sambil tergelak kecil dedepan laptopnya. Abangnya mengetuk sedikit pintu biliknya sambil berkata "Jangan lupa solat tau." Cler melihat pada jam yang menunjukkan hampir pukul 6:30pm. Dia pun berhenti sebentar. Kemudian disambung semula perbualannya dengan gadis itu. Tak lama kemudian, dia pun mengundurkan diri walaupun gadis itu masih ingin berchatting dengannya.


Sekarang, jam telah menunjukkan pukul 9:34pm. Makan malam mereka pun telah habis dijamu, dan kemudian bermulalah perbualan mereka. "Abang tengok bukan main lagi, tersenyum-senyum depan laptop tadi. Tak nak cerita ke?" Cler dengan ringan mulutnya bercerita tentang hal tersebut kepada Shar. Shar sentiasa tersenyum, tetapi jauh disudut hati, Shar berasa tidak sedap hati dengan gadis yang dipanggil Kyra itu. Namanya seperti tidak asing dari telinganya. "Kyra? Can't be?" Maka terkeluarlah cerita dan lain-lainnya setelah itu. Setelah siap melakukan kerja rumah mereka, mereka pun tidur dan bersedia untuk menjalankan plan mereka dihari pertama cuti penggal mereka yang bakal bermula esok.

Jam berbunyi semula pada pukul 8.00am. Pada hari tersebut, mereka akan melakukan sesuatu aktiviti yang luarbiasa iaitu mereka akan menaiki keretapi, menaiki bas dan akan turun di tempat yang mereka tidak pernah dengar. Nasib mereka, mereka telah sampai ke negeri lain. Tempat yang cukup asing bagi mereka. "Cler? Ok tak ni? Lain macam je?" "Eh, tak ada apa lah." Cler kelihatan kurang bermaya pada waktu itu. Tetapi dia masih boleh meneruskan aktiviti yang dirancang. "Baiklah, kita pergi singgah gerai kat seberang tu. Tanya pasal tempat yang menarik kat area sini." kata Shar. "Assalamualaikum kak, nak tanya sikit.. ." Maka mereka pun bertanyalah sikit demi sedikit tentang tempat mereka berada pada waktu itu. " Oh, baru akak ingat. Kamu jalan kearah itu, dalam 30 minit lebih nanti ada air terjun. Tempat tu cantik, bersih, lagipun tak ramai orang pergi." jawab penjaga kedai itu. "Ok kak, terima kasih banyak-banyak."

Lalu, mereka pun beranikan diri mereka untuk pergi ke tempat yang dicadangkan. Setelah hampir sejam berjalan.. , "Abang ni, entah betul ke tak apa yang orang tu cakap. Entah-entah dia sengaja nak prank kita sampai sesat." "Tak baik bersangka buruk terhadap orang, hm, abang ada nampak macam khemah-khemah kat depan sana tu. Jom." Mereka pun hampir sampai ke tempat itu, kedengaran juga beberapa orang berbual. Orang-orang berbual itu juga langsung tidak kelihatan kerana semak samun yang agak tebal. Tetapi secara tiba-tiba suasana menjadi sunyi sepi, seperti kehadiran mereka berdua tidak diingini.

Cler memeluk tangan abangnya, takut. Shar yang sedikit takut berkata "Tak apa, kita pergi kat sana, abang ada dengar bunyi air terjun tadi. Mari." Sambil mereka berjalan ke arah lain itu, mereka berasa seperti diperhatikan. Lebih-lebih lagi walaupun mereka telah siap memasang khemah, hati mereka berasa tidak tenteram. Tetapi apakan daya, perjalanan ke tempat asing itu juga telah mengambil masa beberapa jam dan keadaan pun dah mula gelap, sudah terlambat untuk mereka berpatah balik. Kemudian, mereka pun menyalakan unggun api.

"Haih, idea ni macam salah lah, abang." "Tapi nak buat macam mana, kita masing-masing dah setuju. Teruskan jelah. Kita tutup lah topik tu. Hm, Cler ingat lagi tak masa kita sekeluarga pergi bercuti kat luar negara tahun lepas?" "Oh, masa abang berkenalan dengan gadis ayu tu ke? Kes rindu lah tu. Hehe." Mereka berbual-bual tentang bermacam-macam topik sambil memakan sup, ditemani beberapa ekor tupai manja, berbumbungkan bintang-bitang yang cukup cerah yang turut dikelilingi dengan bunyi air terjun dan cengkerik. Keadaan itu cukup mendamaikan sehingga mereka seolah-olah sudah melupakan tentang insiden seram dan terus berborak sehingga larut malam.

Keine Kommentare:

Kommentar veröffentlichen