Sonntag, 3. Juni 2012

2+1 (part 1)


2+1 by Saleha Baharuddin.

Pada suatu hari yang indah dan tenang di sebuah bandaraya di Selangor, terdapat sebuah keluarga yang manis, peramah dan bahagia yang baru beberapa tahun berpindah dari Johor. Keluarga yang lengkap dengan seorang ibu, seorang bapa dan anak kembar lelaki mereka yang bernama Shar dan Cler yang masing-masing berumur 17 tahun dan bakal menduduki SPM pada tahun tersebut.

Shar hanya tua 2 minit daripada Cler, dan mungkin disebabkan itu, perangai dan sikapnya lebih matang. Pada bulan ke-6 persekolahan mereka di tingkatan 5, kedengaran sebuah pergaduhan kecil di rumah mereka. "Cler, kau dengar cakap abang! Abang cakap sekali je lagi, kau bangun sekarang! Mentang-mentanglah mak dengan abah outstation, jadi kau ingat senang-senang je kau boleh ponteng sekolah?! Kau tak ingat ke ada test hari ni?! Test BM!" "Alah, test je pun. Bukan exam betul-betul kan.. ? Malaslah.. ." jawab Cler yang sedang mamai.

"Dahlah kau! Malas abang nak bising-bising lagi. Abang dah buat sarapan, baju pun abang dah gosok. Abang nak tengok kau dekat sekolah nanti! Faham?!" jerit Shar yang fed up kerana hampir setiap hari membebel pada adiknya pada minggu ibu bapa mereka outstation. "*SNOOZE-SNOOZE-SNOOZE!! !" "Ish bising ah jam ni! Pandai-pandai je Shar tu setkan alarm!" Jam pun telah menunjukkan pukul 7:15am. "Huh.. ." Akhirnya Cler akur pada cakap abangnya dan terus bersiap ke sekolah.

Di kelas, Cler disapa oleh ketua kelasnya, Zan. "Cler, sejak minggu ni aku tengok kau selalu lambat je. Kenapa?" "Adalah hal sikit." Jawapan pendeknya membuatkan Zan berasa sedikit pelik kerana kebiasaannya mereka masih boleh bergurau-gurau dengan setiap perbualan mereka. "Ok, kalau rasa nak cerita nanti, sudi-sudilah cari aku eh." Zam pun kembali ke tempat duduknya sambil diperhatikan oleh guru yang baru tiba untuk test mereka. Setelah mengucapkan salam kepada guru mereka, maka bermulalah test mereka yang terakhir sebelum cuti. "Kamu ada 2 jam. Dah siap boleh tidur. Jangan nak menjeling-jeling." Cler berasa agak bernasib baik kerana test tersebut tidaklah seleceh yang disangka. Di kelas sebelah pula, Shar menjawab testnya dengan cukup berhati-hati.

Akhirnya, tamatlah test yang memenatkan. "Cler! Abang kau panggil tu." kata salah seorang rakan sekelasnya. "Ya, ada apa, bang?" tanya Cler sambil berjalan kearah abangnya. "Thanks sebab datang hari ni. Balik ni, abang masak masakan kegemaran kau." jawab Shar sambil tersenyum. Seterusnya, mereka pun terus menjalani rutin mereka. Beberapa jam kemudian, tamatlah sesi persekolahan mereka untuk minggu itu.

Sambil mereka berdua berjalan untuk pulang ke rumah yang tidak jauh daripada sekolah, Shar pun berkata sesuatu kepada Cler. "Cler, abang minta maaf sebab marah pagi tadi. Abang tak nak kau jadi macam Jo kat rumah sebelah tu. Dengarnya dah berbulan dia tak balik. Ingatlah, apa yang abang cakap ni untuk kebaikan kau, bukan saja-saja nak bising. Kau pun tahu tak lama lagi kita akan menduduki SPM. Janganlah hampakan mak abah, ok?". Cler hanya mengangguk dan tersenyum. Pejam celik, sampailah mereka dirumah.

Memandangkan hari itu hari Jumaat, mereka pun menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang Muslim. Setelah itu, Shar juga menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang abang, memandangkan Cler hanya tahu masak makanan segera. Di meja makan, keadaan agak suram. Untuk memecahkan suasana tersebut, Shar bertanyakan tentang keadaan adiknya yang selalu mendiamkan diri sejak ketiadaan ibu bapa mereka. Pada mulanya, Cler hanya berkata "Tiada apa" dan yang sama dengan ayat tersebut. Akhirnya dia pun memberitahu hal sebenar. "Cler rasa sunyi semacamlah, abang."

Shar tersenyum sambil mengangguk sedikit, kerana serta merta dia dapat memahami apa yang Cler inginkan. "Nanti malam kita cakap pasal ni. Abang ada hal persatuan yang nak diuruskan. Kunci rumah tahu?" Cler pula kembali ke rutin hariannya. Dia menyemak setiap notificationnya dengan rasa agak bosan. Secara tiba-tiba, dia mendapat friend request dari seorang gadis. Hatinya berdebar-debar. DP gadis itu adalah gambar seorang gadis yang sangat cantik dan kelihatan manja. I hate to say this, tetapi itulah ciri-ciri gadis yang Cler inginkan pada waktu itu.

(to be continued.. .)

2 Kommentare: