Dienstag, 5. Juni 2012

2+1 (part 4)

WTH? Orang khayal walking towards our camp?

Shar berlari ke arah yang salah! Dia terserempak dengan 2 orang yang kelihatan khayal. Dia sempat menyorok.Dia melihat kedua-dua orang itu berjalan kearah air terjun, tapak perkhemahan dia dan Cler. "Lain macam ni. Aku kena cepat!" Dia pun meneruskan perjalanannya, kini dengan lebih berhati-hati.

"Bi, kenapa nak culik-culik ni? Nak buat apa dengan budak tu?" tanya Kyra. "Awak tak faham lagi ke? Abang nak cari duitlah. Nak sara awak dengan nak beli barang baik. Hishh dah jangan tanya lagi." Cler yang duduk tidak jauh dari mereka terdengar perbualan itu. Kyra mengalihkan pandangannya kepada Cler, Cler membalasnya dengan rasa kecewa. Di hati mereka diwaktu itu, hanya Tuhan yang tahu.

Telefon bimbit Jo berbunyi, dia menjawab, dan meletakkan panggilan itu semula. "Baby, awak tolong tengok-tengokkan budak ni. Kalau dia buat hal, awak call abang. Abang dengan kawan-kawan abang ada bisnes dengan Geng Jerat." Mereka semua pun pergi, maka tinggallah mereka berdua. Kyra melihat keluar tingkap, mereka semua hilang ditelan kabus. Kyra terus berlari ke arah Cler.

"Cler!! ! Saya minta maaf!! ! Huuu~!!" Dengan rasa tak malu, Kyra berlari lalu terus memeluk Cler. "Astarghfirullah al-Azim.. . Kyra, awak lepaskan saya, tolonglah lepaskan saya.. ." Kyra masih berdegil, dia berasa sangat bersalah kerana dia menyebabkan seseorang yang dia minati diculik. Malah dia seperti tidak mahu melepaskan Cler. "Kyra, kalau awak rasa bersalah, jangan peluk saya, kemudian awak bukalah ikatan saya." kata Cler yang keadaannya sudah tidak menentu. Ditambah lagi dengan pakaian gadis itu yang seperti tidak cukup kain.

"Tak boleh, saya takut, nanti Jo pukul saya!" katanya sambil duduk dihadapan Cler. Cler memandang-mandang Kyra, mukanya jika dilihat dengan teliti, terdapat beberapa kesan dilempang. Di badannya, Cler tidak sanggup memandang, sangat seksa! "Jika mukanya diperlakukan begitu, apatah lagi badannya. Faham-fahan je lah, Cler." katanya didalam hati.  "Cler.. ."

Kali ini, perangai gadis itu semakin ganjil. Dia kelihatan.., miang! "Cler, sebenarnya saya sukalah tengok awak lama-lama. Awak rasa saya ni comel tak? Agak-agak bila kita boleh.. ." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Cler terus berkata; "Jangan mengarutlah! Awak ni khayal ke?! Luaran nampak cantik dan manis, tapi hakikatnya awak ni buruk!! !" Ketika itu, Cler seperti sudah hilang sabar dengan perbuatan gadis itu.

"Ala awak ni.. . Zaman sekarang ni, macam mana buruk pun perangai orang yang cantik, buat salah macam mana pun mesti orang maafkan. Yang hodoh tapi baik, masih orang tak suka kan? Jadi awak maafkan saya." Dalam kepelikkan itu, tiba-tiba air matanya mengalir tak henti-henti. "Ini bukan pilihan saya, Cler, saya bukan seseorang yang berperangai begini. Wuu.. ." Cler melihat gadis itu dengan penuh belas kasihan. Tambahan lagi Cler tidak tahan jika melihat gadis menangis. "Kyra, saya akan dengar cerita awak."

Shar telah sampai ke tapak perkhemahan yang dilihatnya semalam. Tak ada orang. Signal di handphone masih tiada. Dia cuba mencari sesiapa, tetapi tetap tiada orang. "Oh~!" Shar sudah mati akal. Dia tidak mempunyai pilihan lain lagi kecuali berlari keluar ke gerai semalam.

Agak pelik, talian telefonnya masih belum aktif. Telefon Cler pula telah mati secara tiba-tiba. "Sah tempat ni tak betul." Kemudian dia sampai ke gerai tersebut, yang ada cumalah kakak yang mereka jumpa semalam dan tiada pelanggan. Dia menerangkan hal tersebut dengan sedaya upayanya, tetapi dia tidak perasan tentang kehadiran geng Jo yang sedang bersembunyi tidak jauh darinya. Orang itu telah mendengar satu per satu apa yang diungkapkan. "Aku kena call bos cepat ni.. ." Walaupun agak terlambat kerana Shar telahpun menelefon pihak penyelelamat, tetapi masih belum terlambat untuk membawa budak bermulut celupar ni lari bersama kembarnya yang lagi satu.

Ketika kakak itu kedapur untuk membuat air, dia telah dipengsankan dengan cara yang sama ketika mereka menculik Cler. "Lama pula akak ni. Tekak dah kering. Hmm.. . Ehh! Aii!!" Mata Shar telah diikat. Dia cuba melepaskan diri, tetapi gagal setelah dia disuntik dengan dadah. "Huhh, budak ni masalah betul. Masalah lagi sebab dia dah telefon siapa entah tadi."

Keine Kommentare:

Kommentar veröffentlichen