Dienstag, 5. Juni 2012

2+1 (part 3)


Setelah itu, mereka pun tidur. Tip tap tip tap jam tangan mereka berbunyi. Shar tersedar, dengan keadaan separuh mamai, dia melihat jam menunjukkan hampir pukul 3.00am. Kedengaran pula bunyi hujan yang turun ditengah-tengah pagi yang dingin itu. Shar membalikkan pandangannya ke arah Cler. Tetapi Cler tak ada disebelahnya. "Cler tak ada? Hm.. ." Dia pun terlelap semula. "CLER??!! CLERRRRRRRRRRRR!!!!" Jeritnya didalam hati dan terus terkeluar jeritannya setelah tersedar yang khemah mereka telahpun dibuka. "Mana pula Cler pergi diwaktu-waktu macam ni? Aku suruh buangkan sampah waktu malam pun takut. Ni lagi kat tengah hutan mana." Shar sangat risau. Matanya sudah tidak dapat ditutup lagi. Dia seakan-akan koma, dalam keadaan terduduk dan fikirannya menjadi kosong. Hujan pula semakin lebat. Apa-apa pun tak boleh dibuat ketika itu. "Cleerr~"

Setengah kilometer dari khemah mereka terdapat tapak perkhemahan lain yang dihuni oleh beberapa kumpulan mat gian. Sesetengahnya sedang khayal, ada yang merokok dan selebihnya sedang tidur. Di khemah yang terakhir pula, terdapat Cler yang sedang pengsan didalamnya. Cler telah diculik.

Berbalik kepada Shar, dia hanya mampu berdoa, kerana bimbang yang mungkin adiknya 'telah disorok'. Beberapa jam kemudian, hujan pun berhenti, dan tibalah waktu Subuh. Shar berdoa bersungguh-sungguh. "Lindungilah adikku Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. ." Adiknya masih tidak kelihatan. Barang-barang mereka langsung tidak disentuh. Tiba-tiba air mata membasahi pipi Shar sekali lagi.. .

"Heh, dia dah nak bangun tuh." "Hehee bagus bagus bagus." "Fjlmgahtnkio!" "Bla bla bla.. ." Cler terus membuka matanya seluas yang mungkin. "Aiiiii~!!!!!!!!!!! Siapa kamu semua ni??!" jeritnya. Tangannya terikat. Kesemua orang disekelilingnya kelihatan begitu selekeh. Baju kotor, pemetik api, jarum suntikan dan sampah-sampah yang lain, ditambah dengan bau busuk yang semacam. Khemah yang kecil itu dipenuhi dengan mat gian batak yang lain.

Cler tidak mampu berkata apa-apa. Dengan suasana itu, dia yakin dia memang telah diculik. "Han, aku dapat seorang budak ni. Aku yakin dia ni kaya. Dapatlah kita stock-up 'barang'. Heheheehh~" kata salah seorang dari mereka diluar khemah itu. "Han? Siapa pula orang tu?" fikirnya didalam hati. "Dah, keluar dari khemah ni. Bos kita nak cakap dengan lu." Cler pun keluarlah dari khemah itu, dia terlihat seseorang yang dia kenal. "Aku tak sangka.. ?" Han yang dimaksudkan ialah Johan, jiran mereka yang digelar 'Jo' itu. Johan seperti sedang khayal. Disebelah Johan, trdapat seorang gadis. "Kyra?!" fikirnya.Suasana terdiam sebentar.

"OMG.. ." Kyra amat menggeletar ketika itu. "Baby, awak ni kenapa? Awak kenal ke mamat ni?" tanya Jo. "Tak kenal. Cuma.. ." Belum habis berkata, Jo menyampuk "Dah, dah. Baby pergi duduk sana. Biar abang settle-kan kerja abang." Kyra membalikkan badannya sambil berjalan kearah khemah berhampiran. "*Fish & Chips.. ."

"Ha, tak payah nak usha awek aku lama-lama. Eh, aku kenal kau siapa. Pernah nampak. Kau ni jiran aku kan?" Jo yang tersedar sedikit dari khayalnya terus mengeluarkan pisaunya dan terus menghalakannya kepada Cler. "Ya, ya, memanglah, kau ni jiran aku kan? Yang budak kembar tu." Cler hampir pengsan dengan perbuatan jirannya itu. Dia tidak berkata apa-apa. "Apa kau buat kat sini hah budak kembar?! Siapa hantar kau ke sini?!" Jo menyimpan semula pisaunya. Dia fikir, si kembar tu tidak mampu berbuat apa-apa. "Siapa yang culikkan budak ni? Tak ada orang lain ke?!" Salah seorang dari mereka dengan selamba berkata; "Ada dua orang, jadi kita ambil satu saja. Tak susah." Jo seolah-olah disimbah api. "Kepala hotak kau tak susah! Lagi seorang panggil polis nanti macam mana?! Pergi cari yang lagi seorang sekarang!! !"

Sementara itu, Jo, Kyra dan beberapa ahli geng mereka membawa Cler ke suatu pondok terpencil yang terletak agak jauh dari khemah mereka semua.

Cuaca mula menerang sedikit demi sedikit. Shar yang tertidur kerana terlalu risau itu dikejutkan dengan kicauan burung dan air hujan yang menitis dari pohon diatasnya. Kepalanya terasa berat. Matanya sedikit bengkak. Apa yang terlintas difikirannya, bermacam-macam. Kemudian dia teringat, dia boleh minta tolong orang dari tapak khemah yang dia lihat semalam. Shar mengambil barang-barang penting dan selebihnya ditinggal didalam khemah.

Keine Kommentare:

Kommentar veröffentlichen