Mittwoch, 6. Juni 2012

2+1 (part 5)

Damn you!! !

Pintu pondok dimana Cler dikurung ditendang begitu kasar, kemudian Shar ditolak ke tempat duduk mereka. Shar agak 'khayal'. "Abang!! !" Namun panggilannya tidak disahut, abangnya sudah tidak sedarkan diri. "Tolonglah jangan buat macam ni. Nak duit kami boleh bagi, tapi tolonglah lepaskan kami." Cler menangis merayu-rayu terhadap penculik tadi. Tak lama selepas itu, Jo pun datang.

"Orang aku cakap abang kau ni ada telefon seseorang tadi, aku rasa mesti dia telefon polis. Dah, ikut kami, port ni dah tak selamat!" "Awak, mari sini dekat abang." Muahh~! "Kasihannya Kyra. Kalaulah aku dapat tolong dia." Khemah-khemah mereka ditinggalkan, mereka semua menaiki lori dan menuju ke utara. "Lagi senang kalau budak-budak ni dijual." Bisik suatu suara yang datang entah dari mana, terus ke telinga Jo. "Heh, tukar plan. Kita pergi ke tempat minggu lepas." "Tempat 'itu' ke bos?" Tanya si pemandunya. "Ikut je arahan aku."

Kumpulan penyelamat datang bersama-sama polis ke lokasi dimana mereka diihubungi Shar. Walaupun Shar tidak mengetahui dimana mereka berada, tetapi dengan bantuan satelit, ianya dapat dikesan. Kakak tadi telahpun diselamatkan. Tapak perkhemahan geng gian dan mereka berdua telah diserbu, tetapi masih gagal untuk polis mencari petunjuk. Tetapi Kyra telah mengkhianati 'kekasihnya' itu. Dia telah mencuri telefon Shar dan menyembunyikannya tanpa pengetahuan sesiapa. "Demi awak, Cler, saya sanggup." Setelah beberapa jam, mereka pun sampai di tempat 'itu'.

Shar tersedar, tetapi pandangannya masih kabur. Cler hanya berdoa sepanjang perjalanan itu. Jo dan Kyra turun daripada lori itu. Ketika Jo pergi menguruskan urusannya itu, Kyra telah pergi agak jauh dan menelefon nombor terakhir yang Shar hubungi sebelum dia diculik. "Harap-harap mereka cepat sampai disini. Ah helo!?" "Kyra!! ! Awak pergi mana tadi?" "Pergi tengok keadaan sekeliling saja." Jawapannya tidak menimbulkan sebarang syak, ditutup dengan gayanya yang manja. Sekurang-kurangnya dia telah berjaya mendapatkan bantuan. "Jangan risau, tempat ni OK. Mereka berdua tak akan mati."

Shar dan Cler dipisahkan agak jauh, jadi agak sukar untuk mereka berkomunikasi. Mereka berdua amat takut. Sampailah mereka ke suatu gudang. Mereka sangat terkejut. Gudang yang disangka kilang balak itu adalah gudang dadah. "Aku nak kau dan kau cuba dadah baru ni." Dengan harapan, mereka berdua itu pengsan, hilang ingatan, atau lebih elok lagi, mereka boleh dibedah dan organnya dijual. Lebih lumayan dari meminta wang tebusan. Bermacam-macam bisikan lagi yang dibisik di telinga Jo.

"Kau yang baju biru, sini." Keadaan menjadi agak tegang. Biasanya setiap dadah yang baru diproses hanya diuji pada haiwan sahaja. Geng-geng Jo berasa teragak-agak untuk membiarkan Jo meneruskan niatnya itu. Bisikan-bisikan tadi hanya Jo yang dengar, bukan mereka semua. Kerana mereka semua jangkakan ialah untuk menjadikan mereka berdua itu pengedar, seperti apa yang terjadi kepada mereka semua. Mereka semua 'tidak mampu' melarikan diri, kerena takut pada Jo, dan kekayaan yang diperolehi sekiranya bisnes mereka berjaya.

"Ha, yang warna biru laut ni baru siap. Jadi aku nak tengok boleh dijual atau tidak." Jo berbohong, niat dihatinya tidak diberitahu. Shar yang berbaju biru itu enggan berbuat demikian. Kerana dia tahu, 'dadah itu musuh negara, bangsa dan agama'! Walau sebiji dadah itu ditelan, hidup dan masa depan seseorang itu akan musnah! "Tunggu apa lagi, makanlah!" Suasana senyap, tidak ada sesiapa yang berani bersuara.., kecuali Kyra. "Awak! Sudah! Jangan paksa dia makan pil tu!" "Ai, awak ni di pihak siapa? Kalau pil ini berjaya, bolehlah saya beli barang mahal-mahal lagi untuk awak, OK!!?!" Ayat 'OK'nya itu kedengaran sangat kasar dan penuh dengan kekejaman disebaliknya."Hngh makan!" Pil itu telah berjaya disumbatkan kedalam mulut Shar! "Abang!! !" Jangan!"

Keine Kommentare:

Kommentar veröffentlichen