Sonntag, 4. November 2012

Pulau Impian

Pulau Impian

Diriku, ku tahu kamu suka berenang.

Suatu Oktober aku pernah ke pantai.

Melihat kayangan.

Kayangan di bumi Allah SWT.

Aku ingin tunaikan janji diriku.

Membalas budi jasad kakuku.

Aku akan.

INSYA-ALLAH

Auf Wiedersehen.

2+1 (part 8 - end)

(Ending di page ini)

Setibanya di rumah.. . "Abang tak rasa pelik ke kenapa pakcik dia nak kita datang?" Shar sekadar mengangkat bahunya. "Bosanlah cakap pasal ini saja. Hey, memandangkan percutian kita tak berjalan, mungkin ada maksud disebaliknya kan? Dengar, dengar." Cler memandang tepat kedalam mata abangnya dan terus memasang telinga. "Mungkin cuti sekolah ini diberi supaya kita manfaatkan masa yang ada untuk bersedia. Tak semestinya hanya diguna untuk bercuti semata-mata." Cler mengeluh sedikit. Dia tidak berapa suka dengan hakikat itu. "Ni mesti nak ajak aku belajar ni." fikirnya.

"Cler, mari dekat sikit. Abang nak cakap sesuatu. Abang nak kau dengar dan ingat apa yang abang nak cakap ni sampai bila-bila, boleh?" Nada suaranya lembut, tetapi agak tegas. "Kau tahu tak kenapa kita perlu belajar? Bukan sebab nak dapat A dan dapat sijil lulus semata-mata. Tak guna juga kalau kita sekadar menghafal apa yang ada didalam buku sewaktu nak exam sahaja. Pengetahuan tak sampai tahu? Penting tak penting, itu bukan soalnya. Tengoklah apa yang jadi pada nasib arwah."

Kini, Cler memahami sepenuhnya tentang apa yang cuba disampaikan oleh abangnya itu. Dia seperti telah di brainwashed. Perbualan itu berlarutan sehingga hampir sejam. "Abang betul-betul harap kita berdua dapat meneruskan hidup kita lebih baik. Macam yang kita semua tahu, nak dapat pekerjaan zaman sekarang ni bukan senang. Biarlah mak abah kita kaya macam mana pun, janganlah kita telan hasil titik peluh mereka. Duit itu duit mereka, disampaikan duit itu sebagai amanah kepada kita untuk menggunakannya kejalan yang betul."

"Baiklah bang. Ini pun yang terbaik untuk masa depan bersama kan? Walaupun susah, tapi abang tolonglah Cler. Jangan sampai Cler putus asa. Tapi kalau dah usaha tapi gagal juga macam mana?" Shar tersenyum mendengar pertanyaan itu. "Lagi elok kalau kita gagal sama-sama. Biarlah kita gagal setelah kita usaha. Kalau bukan rezeki kita, maknanya itu bukan rezeki kita. Kita cuba cari cara lain pula."

Dan demikianlah, mereka memanfaatkan masa cuti mereka dengan membuat perkara yang berfaedah. 2 minggu kemudian, pakcik Kyra menjemput mereka ke rumahnya. Mereka melihat Kyra yang berpakaian sopan dan kelihatan sangat ayu. Mukanya tertulis khabar yang baik. "Kyra telah dibebaskan dari tahanan kerana perbuatannya dianggap melindungi dan bukan berniat membunuh." kata pakciknya. Shar dan Cler tersenyum lega mendengar kenyataan itu. "Kalau tak kerana kamu berdua, saya mesti dah hancuss." Kyra menjerlingkan matanya kearah Cler. Cler terasa debaran yang lain sedikit.

"Saya tak kenal sesiapa pun dibandar ini. Saya harap kamu berdua sudi menerima saya sebagai kawan kamu. Lebih-lebih lagi, saya sangat percayakan Cler. Banyaknya galakkan yang dia berikan sewaktu saya menceritakan masalah saya." Shar memandang kepada adiknya. Dia tunduk. Shar tahu adiknya sedang malu. "Boleh, apa salahnya." Cler berkata agak terang. "Saya dan abang saya ikhlas menerima awak sebagai kawan kami. Lebih elok, kalau kita skip terus menjadi sahabat."

Shar agak terkejut dengan keputusan yang turut mengheret namanya sekali, tetapi tidak ada bangkangan yang menghalangnya daripada setuju. Kyra akan mula bersekolah semula. Mereka masih boleh berjumpa selalu kerana rumah mereka hanya dibandar sebelah. Shar berbisik kepada Cler." Eloklah, dan insyaAllah, kita boleh ajak Kyra dalam 'misi' kita. Shar memandang semula kepada Kyra. Kyra tersenyum. "Terima kaish.. ." Cler masih blur-blur, kemudian tersenyum.

"Jemputlah kedalam. Bolehlah kalian berbual lama-lama." jemput pakcik Kyra. Kemudian mereka bertiga berjalanlah bersama-sama. Beberapa tahun kemudian, lahirlah 3 orang belia yang bakal mengubah destini bangsa mereka.

Tamat.. .

Wicked!

2+1 (part 7)

Oh yea, home sweet home.. .

Setibanya di laman rumah mereka, Shar membuka mangga dengan begitu cermat. "Ai, cepat cepat." Cler sudah siap membuka kasut dan stokingnya, tidak sabar. Pintu dibuka. Cler terus melompat masuk sambil mencium-cium perabot dirumahnya sambil menjerit-jerit. Shar melihat keadaan itu sambil tersenyum dan berkata alhamdulillah. "Cler, abang tengok kau ni macam dah tak nak tinggalkan rumah lagi ah." Sindirnya sambil ketawa kecil. Cler turut tersenyum dan terus memeluk abangnya. "Abang, leganya hati saya!" "Tapi ingat, semua ini rahsia. Jangan bagi mak abah tahu."

Setelah membersihkan diri dan mengemas barang-barang mereka semua, Shar dan Cler kembali semula ke rutin mereka. Dimeja makan, macam-macam mereka bualkan sehinggalah jam hampir menunjukkan pukul 1:00 am. Ditangga, Shar berkata "Baru 3 hari berlalu kan? Macam-macam terjadi." Cler terdiam seketika. Dari raut wajahnya, Shar tahu adiknya terfikirkan tentang Kyra. "Abang, kita jumpa esok." Cler mencium tangan abangnya, dan dia memeluk sambil meminta ampun. Keadaan menjadi amat mengharukan. "Abang pun salah juga, tapi apa boleh buat." Mereka bercerita-bercerita lagi, sampailah mereka berdua tertidur di ruang legar tidak jauh dari tangga yang memisahkan bilik mereka.

Beberapa jam kemudian, kedengaran laungan azan dari surau di kawasan perumahan mereka. Mereka terbangun, air mata mengalir, bersyukurnya dikurniakan umur yang masih panjang. "Mari kita Subuh disurau." kata mereka serentak. Surau itu tidaklah begitu jauh, jadi mereka hanya berjalan kaki, sambil melihat bintang yang masih kelihatan dilangit pagi. Mereka tersenyum melihat jemaah yang ramai, lalu mengambil wuduk dan solat berjemaah.

Dalam perjalanan balik, mereka singgah sebentar ke gerai kuih muih. Kuih tepung pelita dibeli dengan banyak sekali. "Nampaknya, ini sajalah sarapan kita eh abang? Huhu.. ." Kemudian diambil sedikit lagi dan mereka hulurkan kuih itu kepada penjaga kedai untuk dikira hanganya. "Dah? Sekejap makcik kira." "Kira. Kira. Kira? Kyra?" Cler terdiam. Shar mengalihkan pandangannya sambil berfikir, "Pulak dah.. ."

Setibanya dirumah, mereka pun memakan kuih-kuih tersebut. Setelah menghirup secawan teh, Cler terus meluru ke biliknya. Dia ke laman sosialnya, tangannya agak ketar sedikit menaip nama Kyra. DPnya masih sama, wallpost Kyra bertambah seperti biasa, ditegur oleh kawan-kawannya. Scroll kebawah lagi, status Kyra yang terakhir berbunyi; "BeRcUtI dEnGaN mY BoYfIe n FrIeNdS!" Kasihan Kyra. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Shar masuk dan duduk disebelahnya. Belakangnya digosok-gosok. "Sabar, dik. Last hari tu, polis tu ada cakap yang mereka akan telefon kalau apa-apa terjadi. Lagipun Kyra dah selamatkan kita, tak mungkin abang pun diam saja."

Mulutnya masin sedikit, kemudian telefonnya berbunyi, Shar terus ke biliknya dan menjawab panggilan tersebut. Polis itu mahu berjumpa dengan mereka. "Rakan sekerja saya ada didepan rumah anda, sila ikut mereka."

Setibanya di balai, mereka ditegur oleh seorang lelaki dalam usia 40-an. Katanya dia adalah penjaga kepada Kyra. "Kalau tidak kerana kamu berdua, pakcik pasti akan kehilangan Kyra selama-lamanya." Diterangkan lagi beberapa cerita tentang Kyra kepada mereka. Kemudian seorang anggota polis membawa Kyra ke tempat mereka. "Cler! Shar! And err, pakcik?!" Kyra tidak begitu senang dengan kehadiran pakciknya. "Saya hanya mahu berjumpa mereka berdua. Saya enggan bercakap dengan pakcik. "Pakcik, saya lari dari rumah sebab saya tak nak jumpa pakcik lagi! Pakcik curi duit mama dengan papa Kyra! Duit tu mereka tinggalkan untuk Kyra!" Keadaan semakin kecoh, akhirnya diterangkan hal sebenar.

"Jadi kesimpulannya, Kyra ni dah salah faham lah ye?" Kyra terdiam. Dia berasa amat malu dan marah kepada dirinya. Duit-duitnya telah dipindah ke akaun baru untuk mengelakkan dia boros. Seterusnya duit itu akan dilabur untuk masa depan Kyra. "Cler, Shar, sebenarnya, saya nak minta maaf sepenuh hati saya. Mungkin tak sempat untuk berbuat demikian sekarang. Polis kata minggu depan saya dah boleh lepas." "Masa melawat dah tamat. Minta maaf, mari pulang ke sel." Mereka hanya melihat Kyra dibawa pergi. Pakciknya menghulurkan kertas yang tertulis alamat rumah mereka. "Pakcik harap kamu berdua dapat datang kerumah Kyra. Memandangkan hanya kamu berdua sahajalah kenalan Kyra yang pakcik kenal." Kemudian mereka berdua pulang. "Why are we there again?"