Mittwoch, 6. Juni 2012

2+1 (part 6)

Fish you Jo!

Kyra memberanikan dirinya. Dia menolak Jo sehingga Jo jatuh kedalam sebuah mesin pengadun. "Hei perempuan gila! Apa kau buat ni?! Kalau aku tahu kau sanggup buat aku macam ni, lagi elok kalau aku jadikan kau pelacur dulu!" Kyra tersentak setelah mendengar kata-kata itu. Dia berasa sangat marah. Geng-geng Jo sedikit demi sedikit hilang dari lokasi tadi, pergi mencuri dadah. Jo betul-betul telah dikhianati. "Tak sangka, saya ingat awak betul-betul sayangkan saya!" Jo berasa hendak muntah setelah ayat begitu didengarinya. "Orang macam kau dijadikan teman sukaria bolehlah. Nak jadi bini boleh blah! Hoi sesiapa, tolong keluarkan aku!"

Kyra seperti gila setelah mendengar lagi ayat sedemikian! Dia berasa sangat hina, lagi-lagi setelah direndah-rendahkan maruahnya didepan Cler. Kyra memandang kearah Shar. Shar meludah keluar pil itu. Dia kilaskan lagi pandangannya ke arah Cler, dia sedang menundukkan pandangannya, menangis, menyangka abangnya telah menelan pil itu. Kyra memang sudah hilang akal. Dia ingin Jo lenyap dari muka bumi ini! Dia berlari ke arah mesin disebelah pengadun itu, suisnya dihidupkan! "Sampah!!!! Kau patut mati!! !" Kyra menekan suis itu sekuat-kuatnya.

Mesin pengadun itu berputar, dan Jo mati didalam bahan adunan itu. Shar dan Cler sangat terkejut, mereka tidak menyangka Kyra se'berani' itu. Kedengaran bunyi beberapa siren diluar gudang itu. Kyra yang baru tersedar akan perbuatannya itu terasa sangat takut. Dia terlupa yang dia telah menghubungi pihak tersebut tadi. "Aku akan masuk penjara!" Fikirnya. Dia lebih memikirkan nasib yang bakal menimpanya di penjara kelak tanpa memikirkan perasaan yang bakal menghantuinya setelah berjaya membunuh sampah masyarakat seperti Jo.

Shar dan Cler dilepaskan dari ikatan ditangan mereka. Cler terus berlari ke arah abangnya. Shar kelihatan agak pucat berkata, ;Racun itu takkan ku telan walau apa pun terjadi! Polis dan penyelamat melihat kedalam pengadun yang tersekat-sekat itu. Rupa yang sangat ngeri! Geng-geng Jo yang sedang leka mencuri dadah telah ditangkap. Ketua operasi pencegahan jenayah itu memandang setiap yang ada didalam gudang itu. Hanya ada mereka bertiga, lalu beliau berjalan kearah Kyra. Beliau seperti telah faham-faham tentang apa yang terjadi.

Kyra terdiam seribu bahasa sewaktu gari mencengkam kedua-dua pegelangan tangannya. Tetapi, Shar dan Cler tidak membiarkan perkara tersebut berlaku begitu sahaja.

"Encik, kami boleh terangkan.. ."

"Tak mengapa, kita semua boleh bincang hal ini di balai nanti. Kemudian, pihak kami akan menghantar kamu semua pulang." Mereka berdua berdua tunduk akur mendengar ucapan itu. Mereka semua dihantar ke balai polis bandar bagi membantu siasatan lanjut. Dalam tempoh tersebut, Kyra telah ditahan didalam lokap sehingga tarikh perbicaraan kerana melibatkan akta barang terlarang dan akta membunuh. Oleh kerana Shar dan Cler tidak terlibat banyak dalam hal itu, mereka hanya membantu memberi sedikit penerangan dan dibenarkan pulang.

"Kyra, saya dan abang saya tak mampu berbuat apa-apa buat masa ini. Kami akan doakan semoga segalanya baik untuk awak." Kyra tersenyum tanpa berkata apa-apa. Airmatanya mengalir. Jauh dihati, mereka berdua faham apa yang dirasakan oleh gadis itu. Barang-barang mereka yang ditinggal di air terjun itu juga telah diambil. Ketika mereka sampai dirumah dengan dihantar oleh kereta polis, mereka terkejut kerana terlihat akan orang yang amat dikenali diluar pagar rumah mereka. Orang itu adalah jiran mereka, ibu bapa Jo.

Shar dan Cler disapa seperti biasa. Kemudian mereka berdua dijemput untuk kerumah Jo. Perbualan ibu bapa itu membuatkan si kembar itu sebak dan kesal, tetapi apakan daya sekiranya takdir Jo memang begitu. Setelah hampir 2 jam berbual, ibu Jo berdiri dan berkata; "Kami harap, kamu berdua tolonglah rahsiakan hal ini dari kedua ibu bapa kamu. Ianya untuk kebaikan kita semua. Bukan kami tak sayangkan Jo, tetapi apa yang berlaku, biarlah berlalu." Sambil itu si bapa menenangkan isterinya yang mula menangis. Setelah itu, mereka meminta diri.

Keine Kommentare:

Kommentar veröffentlichen