Freitag, 3. Februar 2012

Nafsu & Cinta

Assalamualaikum, first thing first, ini adalah suara hati semata-mata.
Tak mampu untuk diucapkan, tapi hanya mampu untuk dituliskan.
Ada kaitan dengan yang masih hidup dan tiada kaitan
dengan yang telah pergi.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wahai manusia biasa seperti aku.. .

Tengoklah arah kanan, kiri, depan atau belakang sekalipun,
pasti kamu ada nampak kaum adam dan hawa, yes?
Dikalangan mereka, ada yang manis, ada yang cantik,
ada yang tampan, ada yang menarik. Yeaah.. .

Sedapnya mata memandang, cuci mata kejap boleh rasanya,
dengan niat mengamati kejadian indahNya,
tapi jangan masih nak pandang lama-lama
kalau mereka dah terpandang kamu.

Wah, mereka pandang tepat kepada kamu?
Bestnya.. . Heerrrhh~

Bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor.

Buat selambe sudey.. . Boleh?

Cuci mata dengan melihat alam ciptaanNya lagi best.

Biarlah orang nak kata nampak tak betul.

JANGAN CARI PASAL DENGAN NAFSU.

Kemudian, janganlah kamu mula 'memanggil' mereka
jika mereka ada memberi greenlight pada kamu untuk
'mendekati' mereka. "Jom couple" adalah ayat berbahaya.

Jangan hampiri couple kerana nafsu atau cemburu tengok kawan.

Yes mereka pegang-pegang tangan depan mata kamu,
bertemu janji sana sini, berSMS dan calling sampai larut malam
while you were studying. Rasa nak buat jugak sebab
ramai buat macam tu.

Aduhh!! ! Sunyinya rasa.. !

Untung mereka yang ada awek cun n pakwe hensem.
Aku sendiri pernah rasa macam tu masa zaman sekolah
dulu smpi tahun lepas. Alhamdulillah 2012 in permulaan baru.

Walau aku dah diberi peluang x terkira banyaknya, (ecehh.. .)
Aku berjaya biar hati aku di locked sampai dipertemukan dengan jodoh.
Alhamdulillah, aku memang suka tengok syaitan punya
plan sial tu gagal.

Memanglah.
Dalam niat nak bercouple itu,
ada saja kan rasa nak cuba-cuba itu dan cuba-cuba ini.
Ada juga berniat ikhlas untuk memiliki suami dan isteri.
Yang itu salah caranya, tak perlu couple, pergilah jumpa
ibu bapa lelaki atau perempuan yang kamu cinta itu.
Pergi pinang dia cepat. Pastu nak belajar ke apa buat lah.
Hati dia dan hati kamu tak akan diusik orang.

SIAPA JE YANG BERANI KACAU TUNANG ORANG? ;)

Setiap orang mesti ada perasaan nak memiliki dan dimiliki.
Tak lain, ada perasaan nak cuba benda yang dilihat di media kini.
Maklumlah dah baligh, perasaan tu akan ada automatic.
Kita manusia, memang dah dijanji oleh syaitan untuk sesatkan kita.

Berapa kali lagi nak cakap, yang ketiga itu ada.. !

LAWANLAH MAKHLUK API ITU. BE STRONG!

Back to the main topic.. .
Dan janganlah pula kamu selalu memberi peluang untuk mereka-mereka menyentuh hati kamu.

Kerana didunia ini, kaum-kaum adam dan kaum-kaum hawa yang telah menggoda kamu atau yang telah digoda oleh kamu itu bukan lah milik kamu seorang, tetapi mereka adalah jodoh yang telah ditentukan oleh Allah SWT untuk orang lain sejak azali.

JANGAN TAMAK NAK BOLOT SEMUA LELAKI N PEREMPUAN
YANG KAMU PUJA.. .
ADAKAH KAMU SUKA MEREKA MENANGIS ATAS PERBUATAN KAMU?

Tak kiralah 'freak' macam mana pun orang itu, dia pun layak merasakan cinta sejati.. .

Kasihanlah pada jodoh orang-orang itu. Tak kisahlah kalau kamu akan terasa rindu teramat pada bukan jodoh kamu itu. Mereka tetap bukan jodoh kamu. Mereka jodoh orang lain. Ulang kata, MEREKA JODOH ORANG LAIN. Kasihan mereka punya first love dah dirosakkan oleh orang yang tak berniat untuk berkahwin dengan mereka.

PERRRGGHH SEDIHHH SIAL!! !

Yang aku harap akan berhenti adalah kes yang serabut macam ni.
Jangan nak gebang dengan orang yang belum halal untuk kamu.
Kenapa nak maki hamun pada orang yang bersahabat dengan couple kamu?

"Jangan contact dengan dia lagi, I punyalah.
Dah xde jantan lain lagi ke?
Orang lain punya jugak u nak kebas!"
@
"Jangan ganggu dia lagi. Kalo tak aku kerjakan kau!"
Dalam couple, ini adalah ayat orang-orang yang tak tahu malu.

PATHETIC FOOLS!

Diorang tak tahu ke,

ORANG LAIN AKAN GELAKKAN DIORANG BILA DIORANG CLASH NNTI.

Secara tak langsung kamu telah merosakkan cinta pertama sesetengah daripada mereka yang berakhir dengan cela yang menyedihkan. Tak boleh padam dah cela tu. First tu hanya sekali.
Bila dah disentuh-sentuh macam gula-gula yang dah jatuh atas pasir, bila dah kahwin nanti, tak sedap hati tau walaupun dah tinggalkan zaman silam tuih.

Lagi-lagi dapat suami isteri yang panas baran. Tak bestla kahwin dengan orang yang pernah disentuh.

THE PLEASURE TU DAH TAK ADA!

Itulah ada yang mengatakan,

"ORANG YANG BAIK ADALAH UNTUK ORANG YANG BAIK.. ."

Jadilah orang yang baik. Belum terlambat.
Bersyukurlah kerana masih ada yang mampu berkata,

"I DON'T CARE WHO YOU ARE IN THE PAST, I ONLY CARE WHO YOU ARE IN THE FUTURE.. ."
(Ayat sape ni eh? X ingat lah.. . Sori, sy nk pinjam quote awak.)

Aku lagi lega bila dengar quote ini. Zaman jahiliyah aku dulu pun sangat teruk. Aku ni manusia. Senang kata. Aku tak sempurna, kita tak sempurna. But this post is not about me.
Buat apa aku nak citer lebih kn? :p

Jadi, marilah sama-sama berubah ke arah kebaikan.
InsyaAllah cinta kepada orang yang kita cinta akan kekal hingga ke syurga dan mari pastikan cinta kita kepada Allah SWT tidak kurang walau sedikit pun.

Jangan risau kalau kita rasa kita huduh n x de org nak kat kita.
Awek cun n pakwe hensem pun clash jugak.
Suami isteri pun ada bercerai.
Allah SWT itu Maha Bijaksana, ada sebab yang lebih baik
kenapa kita diuji begini.. .
Renung-renungkanlah.. .

Yang buruk itu dari saya sendiri dan yang baik itu dari Allah SWT.. :)

Wassalam. Take care buddies~!

4 Kommentare:

  1. awesome!


    suka entry ni :)

    thanks membantu leha.

    AntwortenLöschen
  2. yeah...betul..! leia, u dont have to feel lonely wlupun xde boifren k... bcoz sometime it is good to be alone....klu rasa bosan, sya kan ada! ^^

    AntwortenLöschen
    Antworten
    1. Hee.. . Betul, betul.. . Best cuci mata B)

      Thanks for always been there for me, buddy :) <3

      Löschen