Montag, 13. Februar 2012

Lagu Itu Untuk Aku

Aku sangat sukakan pada sebuah lagu ini sejak aku budak2 dulu.
Sejak mula-mula lagi lagu itu dimainkan di radio.

Semua bermula semula sewaktu aku sedang packing gula2 and stuffs
dengan kakak ipar aku (untuk goodie bags).
Tak silap, masa tu dia pasang channel Sinar.FM.
Kemudian lagu ini pun dimainkan. Alahai rindunya rasa.. .

Lagu itu lagu yang cukup aku suka sampaikan bermain2 lagu tu
difikiran aku. Lagu yang cukup mendalam liriknya.
Hal yang membuatkan aku semakin menyukai lagu ini
adalah kerana si dia. Yuck, memang pasal lelaki lagi.

Kaum Adam yang dah bertahun2 aku tak berjumpa dengan dia.
Kali terakhir, mungkin ialah sewaktu aku hulurkan surat
kepada dia. Bukan surat aku. Tapi adalah.. .

Sewaktu hari aku terpaksa berkorban untuk keluarga,
aku bertemu semula dengan dia. Aku sangat terkejut.
Terima kasih YA ALLAH kerana aku masih hidup.

Pendek cerita, saat aku terpaksa berpisah dengan dia sekali lagi,
itulah saat yang paling membuatkan lagu itu terus bermain difikiranku.
Tanpa henti.. .

"Ya.. . Tanpa henti.. ."

Sekali lagi aku terlalai. Aduhai, lebih baik ingatkan Allah SWT.
Tetapi apakan dayaku sebagai seorang manusia biasa.
Aku ini agak hina.. .

Anyway, cuma satu kata yang ingin ku ungkapkan kepada dia.. .

"Walaupun namaku bukan Jesnita,
aku tetap inginkan kamu nyanyi lagu itu kepadaku.. ."

Enjoy.. , lagu di blog ini ialah minus one kepada lagu itu.. :)
Dengan syarat pilihlah audio disebelah kiri.

Good day, suara hatiku.. . Ahhahaha!! !

Keine Kommentare:

Kommentar veröffentlichen