Freitag, 27. April 2012

Enough

Aku seorang manusia yang claim kononnya diriku ini lain dari mereka diluar sana. Aku enggan disamakan dengan orang kebanyakan. Aku pantang disamakan dengan orang yang gagal dan tak berguna.

Aku ingin menjadi seorang yang berguna di dunia akhirat. Tapi aku tak mahu orang masuk line dalam proses pembaikian diriku. Aku ingin berdikari, biarpun aku gagal setiap kalinya.

Aku tak mahu ada hamba Allah SWT membazirkan masa mereka untuk membetulkan aku. Menyimpangkan aku dari pendirianku.

"AKU TAK SUKA."

Andainya mereka boleh memahami tanpa perlunya aku beritahu hal ini. Biarlah aku cuba perbaiki diriku ini sendiri. Aku memang menipu jika aku kata aku enggan menerima sebarang pertolongan ikhlas dari sesiapa. Tetapi janganlah terlampau sehingga aku rasa aku direndah-rendahkan dikhalayak ramai.

"AKU RASA DIHINA."

From all these words, tolonglah buang tanggapan kalian tentang diriku. Kamu tidak faham apa yang tersirat dalam hidup aku. Aku gembira, aku sedih, aku bosan. Adakah kamu tahu apa yang terjadi?

Berhentilah potong line. Aku ingin berjalan sendiri. Sebab itu didalam seorang manusia hanya ada 1 roh untuk decide apa yang hendak dibuat.

"AKU MANUSIA NORMAL YANG DILENGKAPI DENGAN ID,EGO&SUPEREGO."

Do me favor. Jagalah tepi kain aku kerana aku enggan menjadi hina dan menjadi sampah masyarakat. Janganlah penat untuk membimbing aku. Aku malu hidup didunia ini dalam keadaan bodoh dan tidak berguna.

Aku keliru dengan diriku kerana diriku diganggu dengan kehadiran kamu yang tak henti2 datang mengawal dan mengemudi hala tuju hidupku.

Aku tak menyesal walaupun aku dipertemukan dengan kamu. Kamu baik, tetapi masih tidak cukup ilmu untuk membantu dan memahami aku.

Like I said.

AKU BUKAN MACAM MEREKA.