Dienstag, 10. April 2012

3 Nyawa

LOVE LIVE.

"Post ini ditujukan khas kepada sesiapa yang seronok mencederakan sesama makhluk. Hehe.. . Kamu semua yang baik2 pun boleh baca. Kalo boleh tolong sampaikan 'pesanan' ini kepada kenalan2 kamu yang keras kepala.. :)"

Di dalam dunia ini, kebiasaannya ada 3 jenis kehidupan. Iaitu manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Itulah yang diajar kepada saya sejak tadika lagi.

Ketiga-tiga hidup kerana diberi nyawa oleh Yang Maha Esa.

Tetapi, kenapa nilai nyawa kini dianggap murah oleh segelintir pihak? Dimanakah silapnya? Jika disebut "kiamat sudah dekat", saya percaya itu bukanlah jawapan yang ingin didengar oleh yang bertanya.

Macam ni jelah. Sila baca cerita di link ini sekejap, kerana cerita dalam link ni adalah segala point didalam post ini.

(kalau tak baca citer dlm link ni, susah sikit nk fhm 'apa kes' nya.. .)

Manusia-
Kita adalah manusia. Nyawa yang diberi untuk kita hidup adalah bertujuan untuk menjadikan kita seorang khalifah. Berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Cuba kali ni kita renungkan betul2 apa yang cuba dimaksudkan dekan "berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran".

Apa yang saya nampak berdasarkan cerita didalam blog itu, manusia itu sangat kejam. Nyawa si manusia yang tidak berperikemanusiaan itu lebih baik diganti dengan nyawa haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang lebih layak hidup didunia ini. Kenapa hanya seorang insan yang menghalangnya?

Kenapa perlu dicaci yang lemah dan yang tidak mengetahui apakah cela yang terdapat pada dirinya sehingga ianya dibenci manusia? Setiap detik digunakan untuk menyiksa seekor haiwan yang lemah!

Mudahnya manusia itu mencintai manusia yang mungkin berkeperibadian yang buruk/sampah masyarakat tetapi mudahnya membenci haiwan yang hakikatnya penghuni syurga.

Haiwan-
Haiwan dijadikan didunia ini dengan sebab dan mempunyai tujuan hidup sendiri. Sebagai sumber makanan, pembantu manusia dan peneman hidup. Untuk mengaitkan dengan blog diatas, seekor kucing yang digelar 'Ugly' kerana rupanya yang kelihatan cacat itu seperti cuba disingkirkan hidupnya dari bumi Allah SWT ini.

"NAMPAK TAK SIAPA YANG 'UGLY' SEKARANG?!"

Kucing itu hidup untuk menemani manusia yang kesepian. Sebab itulah sesetengah kucing dibela oleh orang bujang supaya kucing itu boleh bermanja2 dan menghilangkan rasa tertekan dan sebagainya.

Pada pandangan peribadi saya sendiri, jika hukum menganaiya kucing di zaman Mesir purba itu masih ada, dah pasti tak akan ada seorang pun manusia akan berkelakuan cukup hina seperti itu.

Rasulullah SAW membela kucing dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Contohilah baginda. Sampaikan satu hari ni, kucing baginda tidur atas jubah baginda. Diguntingnya jubah itu kerana baginda enggan menganggu tidur si comel itu.

Kalau ada awek korang yang gedik takut ngan kucing, tak payahlah nak tunjuk macho sampai lu pi sepak kucing tu. Angkat kucing tu, letak jauh-jauh. Jangan lupa belai.

Bab tumbuh-tumbuhan tu saya tak akan sebutkan dalam post kali ini sebab tiada kaitan, tp fikir2 lah siapa yang sanggup sedut carbondioxide korang dan boleh beri korang oxygen setiap detik walaupun korang tak pernah berterima kasih kepada tumbuhan2 itu.

Nasihat pendek:
Manusia, ingatlah asal-usulmu dan tujuan nyawa kamu masih di-extend. Jangan menyakiti manusia juga.

Haiwan itu seperti manusia, cuma tiada dosa. Layakkah kita angkuh terhadap mereka? Mereka mati terus masuk syurga. Kita kena pit stop kt (you know where) dulu. Tak suka kucing kurap, elak jelah. Takut hama mereka? Think again. Kucing adalah makhluk yang paling bersih.


Tumbuh-tumbuhan itu pemberi rezeki. Kalau rasa tak perlu tebang tu, tak payah tebang. Pergi sambung keje len.

Semuanya Allah SWT punya. Ketiga-tiga makhluk bernyawa ini saling memerlukan. Salah satu tiada, maka tiadalah 'life' dalam Bumi ni. Yang patut tak ada, iaitu manusia jenis tiada perikemanusiaan. Bumi ini tak perlukan manusia 'extra' macam tu.

Selamat menjadi manusia yang baik kepada kita semua. Aminnnn~ ;)

Keine Kommentare:

Kommentar veröffentlichen