Donnerstag, 19. April 2012

Penipu Liar

Panas hati, pergi pergi!

First thing first, tak, aku tak marah pun. Tapi aku cuma rasa lebih baik kalau aku luahkan kat sini cepat sebelum aku termarah kat dunia sebenar. Ok.. :)

Setiap manusia akan menipu dengan sebab mereka tersendiri. Aku suka ada orang yang tipu sebab menjaga orang lain. Aku paling tak suka sikap orang yang menipu dengan tujuan bangga diri dan menipu sebab nak sedapkan hati orang semata-mata!

Kalau ada penipu didepan aku dan aku tau dia tipu aku, siap!

Jangan tipu aku dan tipu orang lain. Lagi teruk jadinya nanti. Tell the truth. Percentage untuk aku marah adalah 0.01% sahaja. Siapa yang ajar kau menipu ni? Dah besar kan?

Tapi jangan seronok sangat berkata-kata sampai nak guriskan perasaan aku. Sebab kalau hati aku terguris, aku tak menangis tau, sebaliknya tangan dan kaki aku yang akan naik. Yes, lagi teruk dari yang kau boleh jangka!

Aku mengaku, masa aku mula masuk tadika dulu, tiba-tiba je aku jadi seorang penipu. I guess, ianya adalah lumrah manusia. Shit. Aku cover diri.. . Ahhaaha true story!

By the way, bila aku terus terang, tak dinafikan ada yang menafikan kata-kata aku dengan sekeras-kerasnya. Nak jaga hati punya pasal, aku sanggup memalsukan kebenaran dengan menafikan kembali apa yang aku cakap. Doh betul!

Nak jaga hati orang ni agak bullshit. Dorg fikir tak perasaan kita macam mana? Tak. Macam tulah manusia kebanyakan. Nak orang jaga hati dia je. Hati kita siapa nak jaga?! Fish!

Bila aku dah habis sekolah, aku tekad untuk berhenti menipu. Alhamdulillah, sampai sekarang aku tak menipu. Aku tak nak fikir kebajikan si polan yang nak menang sahaja dah. Aku akan jujur for the rest of my life. Masam muka dengan aku. Aku tak tipu kau pun! Aku pun tak rugi apa-apa.

I feel great. Terasa hidup ni lebih dilindungi. Setakat tipu sunat. Is there such thing? Huhu.. . Cuai-cuai. Aku kan manusia biasa. Selagi aku waras, ok lah.

Jujurnya, aku dah tak pandai menipu. Kalau aku cuba menipu, memang boleh kantoi yang aku ni menipu. Baiklah konon. Tak, tolonglah faham apa yang aku cuba sampaikan ni. Nak fikir negatif pasal orang lain, apa dapat?

Jadi, janganlah ambil kesempatan pula eh. Aku tak nak buat dosa dah. Aku muda lagi, aku pun tak yakin boleh hidup lama ni. Bagilah aku taubat perlahan-lahan.

(Tipu-tipu and stuffs ni, pengaruh dari drama VanilaCoklat lah ni.. .)

Huh, alhamdulillah, lega hati.. .

Assalamualaikum & Auf Wiedersehen!

Keine Kommentare:

Kommentar veröffentlichen