Samstag, 18. August 2012

Ramadhan 2012


Pertama kali seumur hidup aku, aku rasakan indahnya Ramadhan.

Selama ini, apa yang kurasa, tak lain hanya leceh yang amat sangat.
Lapar dahaga penat dan lain-lain.
Tak boleh korek telinga and stuffs.
Err kenapa selama aku hidup 19 tahun, rasanya begitu?

"GERAMNYA BILA TERINGAT BALIK!"

Alhamdulillah segalanya berubah pada tahun ini.

Apakah ini hidayah? Aku dapat rasakan nikmat yang tidak terhingga sepanjang mengikuti ibadah ini.
Aku tidak pernah penat dalam bulan Ramadhan 2012 ini. Aku tidak ditimpa masalah yang melemahkan semangat, malah menguatkan lagi semangat.

Lapar dan dahaga, of course. Tetapi langsung tidak penat.
Jujurnya, sehingga hari ini, ianya adalah hari-hari tanpa sahur.


But.. .
Kenapa aku tak terbangun.. ? =_='
Terbangun mesti waktu azan Subuh berkumandang.

"TOO LATE!"

Memandangkan esok adalah hari Ramadhan 2012 yang terakhir,
I'll make sure I'll get up!

"Aku tak mahu makan daging sendiri #iykwim"

Lebih-lebih lagi, aku di Shah Alam bersama family. Of course, how can I miss this moment!

Anyways, dear Ramadhan, aku setia menanti kamu. Datanglah melawat saya tahun depan!
Terima kasih Ya Allah kerana telah menunjukkan betapa manisnya Ramadhan.

Mungkin aku yang bercerita ini yang rasa kemanisannya.
Aku berharap kalian yang pernah merasainya, well, merasainya lagi.. :)

Assalamualaikum & Auf wiedersehen!

Keine Kommentare:

Kommentar veröffentlichen