Freitag, 19. April 2013

Surat Untuk Ustazah Ustaz Cikgu Lecturers

Kepada pendidik saya dari:

Pasti Al Firdaus 1998
SK Subang & SRA Subang 1999-2003
SK Kota Kemuning 2003-2004
SMK Kota Kemuning 2005-2009
Transair Academy 2010
UiTM Kampus Alor Gajah 2010-2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. .
Saya, Saleha Baharuddin memohon maaf atas salah dan silap saya. Saya tak pernah berfikir matang dalam memahami kerjaya kalian, apatah lagi dalam memahami perasaan kalian dalam mendidik saya dan anak didik kalian yang lain. Saya tahu ada antara kalian yang ada anak emas didalam kelas yang kalian ajar dan saya tak kisah pun semua itu yang penting ilmu yang kalian sampaikan kepada saya itu ikhlas dan dihalalkan untuk saya.

Setelah 20 tahun hidup dimuka bumi ini, baru saya dapat berfikir secara waras dan matang. Segala sikap saya yang biadap dan kurang ajar serta kuat menjawab itu, saya amat malu dengan perangai itu. Saya patut tahu yang setiap apa yang saya buat itu turut mengheret nama keluarga dan agama saya.

Walaupun telah belajar sehingga ke peringkat universiti, saya masih lagi tidak matang. Malah, saya pernah mengata buruk dan cakap belakang tentang pendidik yang meluangkan masa untuk sampaikan ilmu pada saya walaupun saya tak sudi. Saya tahu tak semua orang di dunia ini sanggup berbuat demikian.

Mungkin sudah terlambat untuk saya meminta maaf kerana mungkin saya tak akan berjumpa lagi dengan kalian. Saya hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan kalian. Saya mengundurkan diri dan sedia berundur kebelakang lagi jika ada diantara kalian yang membenci saya already.

Walaupun saya tidak cemerlang seperti kebanyakan pelajar, percayalah, walaupun saya tidak mampu perform dengan baik didalam kelas seperti mereka, saya mampu untuk perform lebih baik dari majoriti mereka di dunia luar dan saya dengan berbangganya membawa nama kalian di sepanjang perjalanan hidup yang saya tempuh. Walaupun tidak semua nama kalian saya ingat, tetapi wajah kalian sentiasa ada.

After all, siapalah saya tanpa kalian. Selepas umur 5 tahun sampai 21 tahun, most of the time kalian yang mendidik saya. Ibu bapa saya telahpun berjaya membesarkan saya di rumah dan saya terus membesar dengan mereka. Walaupun kalian take turn untuk mendidik saya, itu sudah cukup untuk membuat hidup saya terasa dihargai.

Dear ustazah ustaz cikgu lecturers.

Mulai detik ini, saya berjanji tidak akan bercakap belakang, membenci dan biadap terhadap orang-orang yang berprofesion sama seperti kalian. Dan jika saya memungkiri janji saya, saya akan diseksa dan diazab kerana berkelakuan derhaka terhadap ibu bapa saya yang kedua.

Maaf, kalian masih tidak mampu untuk mengambil tempat ibu bapa saya. Tapi faham-faham lah. Maaf juga sebab saya masih lemah berbahasa Melayu dengan betul dan lemah berbahasa Inggeris. Saya masih belajar. Siapa bakal mengajar saya semester hadapan, saya berani cakap yang kalian bertuah kerana saya akan meletakkan kalian ditempat yang tinggi dalam status pembelajaran saya.

Harus diingatkan bahawa saya tidak akan berdiam diri kalau ada diantara kalian yang melayan saya dengan buruk.


Keine Kommentare:

Kommentar veröffentlichen